Sunday, August 29, 2010

baju online

buat Wani & Kakak
baju yang baru dapat tadi
beli online, cantik tak?

beli lemang Kijal - sedap

lemang 3 batang rm10
serunding rm5






pagi tadi pergi Sekolah Al Amin - adik buat test untuk kemasukan darjah 1 tahun depan
tak tahu lah dia boleh lepas ke tak pasal banyak benda yang dia tak tahu
singgah Pejabat Pos ambil baju2 yang order online
last week hantar kat rumah tetapi tak ada orang (kat spital masa tu)
kelakar jugak masa nak order baju2 tu pasal
baju tu free size pastu letak pulak untuk orang yang bersaiz petite (kecil molek)
perasan badan ni kecil molek terus oder he..he..
bila dah sampai memang kecil pun
tapi setakat hari ni masih kurus boleh la pakai
tapi esok2 lepas raya gerenti kena tahan nafas ha..ha..
lepas tu terus pergi Klinik - Awatif sesak nafas tapi tak la teruk sangat
lepas Awatif buat nebulizer terus balik rumah tidur
dalam pukul 3 petang siap2 nak pergi Kerteh
nak ambil kuih raya kat kawan
pastu singgah Mesra Mall
ronda2 kejap
beli makanan untuk buka puasa
selesai terus balik

5 comments:

bidadarindu said...

tang muka tu nmpk kembong sikit...sikit lagi nak jadi cam erra fazira...yang dalam cinta kolesterol la...he he...

bidadarindu said...

bunga baju lebih kurang cam bunga kerusi...kalau buat langsir raya pun matching gak rasenya...he he

Hafidzin said...

baju murah tu yg nmpk macam kain langsir tu...

Kaz said...

Cantiklah Fizin baju tu. Ina mmg berkenan baju2 yg fesyen mcm tu tp nak buat mcm mana kan sbb Encik Rizal tak approve, hehe.

Hafidzin said...

Ina, kalau big boss tak bagi tak boleh la kan? he..he.. Setakat arini suami Fizin ok lagi tetapi ada gak sesekali dia bgtau dia akan lebih senang hati kalau Fizin pakai jubah. Fizin cakap ngan dia, bagi masa kat Fizin. Nak buat perubahan bukan senang tambah2 untuk kebaikan ni kan? ha..ha..