Thursday, August 5, 2010

Awatif & Barang2

Pagi tadi ngan berat hati melepaskan puteri ku yang seorang tu untuk menimba ilmu - moga apa yang di pelajari di Kem Bina Solat tu akan menjadikan dia muslimah yang lebih baik. Amin...




Suami hantar dia sampai ke kelas pagi tadi kerana nak tolong dia angkat barang2. Suami kata beg dia yang paling besar, beg kawan2 lain semuanya kecil2 aje. Toto dia pun yang paling besar. Kawan2 senyum aje kat dia bila suami hantar barang2 kat kelas dan ramai jugak yang tolong angkatkan barang2 tu.

Belum pun malam tapi dah teringat kat dia - terutama mulut laser dia tu he3... Ingat malam nanti nak ronda2 kat sekitar sekolah dia tu tapi tak boleh la nak tengok dia kerana parents tak dibenarkan melawat anak2 time kem tu berlangsung.

Sebelum dia keluar rumah tadi macam2 yang saya pesan kat dia, antaranya :-
1) jangan pergi mana sorang2 terutamanya ke toilet
2) apa2 hal berlaku terus bagitahu Mualimah
3) kalau rasa tak sihat terus bagitahu Mualimah suruh cal umi
4) jangan seronok sangat
5) jangan main2 sangat
6) jangan lari2

Pujuk dia jangan pergi lagi pagi tadi tapi tak di layan, suami macam tak kisah aje pasal nak dia berdikari, ikut suami nak hantar dia ke asrama bila masuk Tingkatan 1. Eh..mana boleh, kecil lagi, pedih perut kena belah masa bersalin kat dia pun masih terasa lagi nie...

3 comments:

Kaz said...

Fizin, dulu2 semasa kita pergi rombongan sekolah, beg fizin dan kak min jugalah yg plg besar sekali. Mcm2 makanan yg Aunty ani bekalkan, antara yg ina ingat ialah pringles, keropok double decker, telur rebus dan bihun. Sekrg turun kat Awatif pula ya.

rositahmdzain said...

Tgk gambar2 awatif nak g kem ni nampak cam nak g Mekah plak. Cumanya kalau p Mekah x bwk toto. Steady awatif nak mandiri (berdikari)..semoga slamat semuanya. Amin..

sayang said...

Ina - he3.. bukan apa, senang beg besar boleh bawa barang2 lebih sikit. Saja fizin bawa baju & seluar lebih, takut2 emergency ke apa ke..

Uda, bukan main suka dia nak tido kat sekolah, siap plan dah, sebelum tido nak main2 & sembang ngan kawan2. Kalau p Mekah lagi besar la beg kena bawak..he3..