Sunday, July 25, 2010

warded



Mak kena warded lagi - kali ni kat Hospital Pusrawi. Masa mak datang sini pun mak tak sihat, bila balik KL, demam mak on & off, tapi yang buat mak tak larat sangat pasal mak tak makan. Mak tak ada selera langsung nak makan. Satu lagi mak tak boleh kurang air & terlebih air. Kalau kurang air, badan mak jadi lemah & kalau terlebih air pulak buah pinggang mak akan ada masalah. Kesian mak!!...

Semalam masa cal ibu - ibu dah cakap mak batuk teruk. Setiap kali mak sakit & kena warded, saya macam boleh rasa aje. Macam tadi, saya jarang cal ibu guna fon rumah. Saya suka guna HP tapi tadi saya cal guna fon rumah. Bila cal Balqish yang jawab. Dia kata tok, tok nek, umi & walid tak ada rumah pasal tok nek masuk spital. Minta dia panggil bibik - Is kata mak batuk teruk & demam panas semalam. Bila saya cal hp ibu - terus saya tanya ibu kat spital ke? Ibu baru nak tipu saya kata tengah rehat2 kat rumah pasal mak tak nak saya tahu. he..he.. Kantoi jugak...

Ikutkan dah lama kakak nak cal bagitahu saya tetapi mak tak bagi. Mak tak mahu nanti saya pergi KL hari ni jugak. Ibu cakap doktor kata paru2 mak dah kena jangkitan kuman. Macam selalu tu la. Mak & ibu kata tak payah datangla, mak pun dah ok. Tak apalah, lagipun hari Jumaat ni saya dah nak pergi KL. Bila mak sihat nanti boleh bawa mak makan kat Restoran Korea tu he..he.

Dengarnya uda dalam perjalanan ke KL sekarang. Bagi sesiapa yang dok dekat2 tu sila lah melawat mak. Walaupun sekarang saya rasa macam nak terbang ke sana - tetapi kena sabarkan diri hingga hari Jumaat nie. Sedih bila baca n3 Ina pasal ibu tu. Mak pun kiranya ibu jugak la pasal selain ibu, mak juga yang membesarkan kami. Bagi cucu2 & cicit2 mak - jasa mak terhadap kita tak ternilai - jangan menyesal bila peluang kita untuk menyayangi dia di ambil balik oleh Nya.

p/s : buat Arnie, jengok2 la mak...

2 comments:

rositahmdzain said...

hepi besday lg skali syg..yg sebenarnya smlm uda dah pos komen kat sini tapi ntah knape tetiba je hilang tanpa kesan. Uda geram sgt terus keluar dari blog ni. Ni uda guna desktop sndiri kat ofis, x share ngn sesiapa. Best kan? Smlm uda tulis, kasih syg x boleh di paksa. Kalau dlm hati x de rasa kasih syg terhadap org yg berjasa pada kita maka perjlnan hidup kita ni kurang sempurna. Satu hari nanti kita pasti akan rasa terkilan sebab abaikan kasih syg yg dicurahkan pd kita. Smlm uda dengar ceramah pengurusan stress. Dlm bnyk2 sebab dan cara2 mengatasi stress yg penceramah tu bgtau yg paling utama ialah sikap dan rasa kasih syg terhadap org tua kita yakni ibubapa, kalau yg masih ada. Hormat dan tunjukkan rasa kasih kita sementara org tua kita masih ada. Mcm cucu2 mak semua, uda rasa semuanya mak pernah jaga kan, so rasa kasih pada mak sama la mcm anak2 mak syg kan mak. Betul x? Itu pendapat uda la yang. Kalau ada yg x setuju xpe la. Pada yg x nak melawat mak xpela, jgn di paksa nanti marah plak..Adious for now.

sayang said...

terima kasih uda..
sayang setuju sangat2 ngan pendapat uda tu..
kasih sayang x leh dipaksa cuma jangan la menyesal dikemudian hari..
pada yang x melawat mak tu, tak tahu la nak cakap macamana, nak kata sibuk, takkan luang masa kejap pun x boleh, hati masing2 kan?