Saturday, July 24, 2010

twilight

Baru balik dari Kuantan. Lepas tengok wayang cerita twilight, lunch kat Johnny's makan steambot.




Kat Berjaya Megamall ada buat Malaysia Property Expo - banyak company pemaju buat promosi rumah & perkenalkan projek terbaru kat area Kuantan nie. Ada rumah teres, semi D, banglo & apartment. Rumah kat Kuantan sekarang mahal2, tak macam 3 tahun lepas. Masa kami survey rumah kat Kuantan 3 tahun lepas (sebelum beli rumah kat Kemaman) harga tak sampai 250 ribu tapi sekarang nie banyak yang atas 300 ribu. Yang mana kami berkenan semuanya dalam 400 ribu. Saja je tengok2, kot2 nanti kami nak beli.




Sekarang ni bukan main susah nak suruh anak2 bergambar - menyampah betul umi.


tengok si Aisy ni tutup muka ngan kotak tisu


nak snap aje gambar anak2, depa masing2 menyorok kat tepi - angin betul satu badan he..he..


lebih baik snap aje gambar umi sendiri - habis cerita


snap juga gambar walid - hati pun senang


adik masih duduk kat depan ngan umi kalau nak tidur - kalau jalan dekat ok lah jugak tetapi kalau pergi KL, sampai KL aje habis lenguh umi satu badan pasal adik dah besar - walaupun kurus tapi terasa jugak badan dia tu


ni Awatif yang snap kan - abaikan mulut kami yang berkumit tu pasal Awatif ambil masa lama sangat nak snapkan gambar padahal dah lenguh mulut nak senyum

Ini gambar yang sempat ambil sebelum bertolak ke Kuantan pagi tadi





Pagi tadi kami pergi Kuantan, dah berjaya pujuk suami tengok twilight, asalnya suami nak tengok kat KL minggu depan tapi saya rasa memang tak sempat pasal banyak benda nak kena buat. Hari Jumaat malam sampai KL, Sabtu tu nak shopping baju raya, malam tu nak makan kat Restoran Makanan Korea kat Ampang Point, Ahad nak balik Kemaman dah. Jadi bila masa nak tengok wayang nya? Memang cerita tu tak sesuai untuk budak2 tetapi terpaksa la. Lagipun bab yang kissing tu Awatif tak tengok he..he..Adik pulak memang tak faham apa2 pun. Adik dok sibuk tanya sapa jahat sapa baik. Yang lecehnya kali ini dua2 nak pergi toilet masa best2 tengok cerita, mula2 adik pastu Awatif lak.

Lepas habis cerita pergi tengok expo perumahan - macam2 rumah ada, ada yang dah siap, ada yang tengah buat & ada yang belum buat. Ada rumah yang dah siap 3 tahun lepas tapi masih belum ada buyer. Kami pernah tengok rumah tu 3 tahun yang lepas tapi tak berapa berkenan, he..he..bukan rumah tu yang kami tak berkenan tapi harganya..Mahal oi.!!! Tapi satu yang kami perasan, 3 tahun lepas tak adalah semahal nie, harga rumah kat Kuantan dah meningkat la. Dulu rasanya rumah teres tak sampai 200 ribu tapi sekarang ada yang sampai 300 ribu. Kami yang ala2 perasan nie tak tengok la rumah teres pasal dah biasa dok banglo chewah!! cakap besar nampak..he..he.. Tak adalah, semua rumah kami tengok, saya rasa saya lebih suka rumah teres pasal rasa bebas. Kalau rumah banglo macam sekarang ni rasa macam tak selamat aje. Sungguh!!.. Bila dok rumah sorang2 waktu siang, dengar bunyi apa2 pun saya dah rasa takut. Rumah aje besar tapi duit tak ada - itu orang tak tahu. He..he..

Lepas tengok2 expo tu pergi pulak East Coast Mall - nak makan steambot kat Johnnys Restaurant. Lepas makan, terus balik. Tapi sebelum balik suami bawa jalan2 kat area Bukit Pelindung - kawasan Melayu. Tengok2 rumah kat situ. Suami suka sangat area situ pasal sekolah & surau pun dekat. Saya tak kisah la - sebagai isteri yang taat setia, ikut sahajalah. He..he..

p/s : dari tadi saya dok berangan jadi Bella, he..he. Edward hensem betul...

2 comments:

Kaz said...

Entah kenapa ya fizin, kita berdua ni selalu semacam ada instinct yg sama. Ina baru dok habaq kat Rizal, teringin nak pi mkn steamboat kat Johnny's, tgk2 Fizin pi mkn kelmarin. Seblm ni pun mcm tu jugak, ada beberapa kes yg ina teringat ttg sesuatu, tgk2 Fizin pun buat benda yg sama.Hari tu, ina baru dok upload gambar2 anak2 ina potong rambut, bila buka blog fizin, tgk aisy pun ptg rambut juga.Hehe....

sayang said...

iyalah - itu la tandanya kita memang sahabat baik he..he..fizin suka makan steambot kat situ, tomyam dia sedap. tak pekat sangat & x cair sangat, anak2 pun boleh makan pasal x pedas. sos dia fizin suka - sedap..lepas ina makan nanti masukkan la dalam blog..he..he..