Monday, July 12, 2010

tetamu


Seringkas ini lah yang saya hidangkan pada Za sekeluarga petang tadi. Saya tak tahu nak jamu apa - mula2 Za hantar sms kata nak datang petang - tapi Za sampai dalam pukul 2, rasa bersalah kerana tak sediakan nasi. Masa Za nak balik tu saya minta maaf banyak2 pasal tak sediakan makanan berat - Za kata lama tak rasa laksa saya buat - bila dia cakap macam tu baru saya teringat - kalau buat laksa pun tak apa, semua bahan2 dah ada. Saya terlupa langsung. Sorry ya Za, selalunya kawan2 bagitahu awal2 nak makan laksa kalau mereka nak datang umah. Lain kali Za datang Kak Fizin buatkan laksa ya..

Awatif tak pergi kelas fardhu ain malam ni kerana letih + mengantuk sangat. Pukul 9 dah tidur. Adik lepas maghrib dah tidur tetapi bila Awatif mengamuk lapar, dia terjaga. Dia sekarang dok sebelah saya nie - dok suruh saya stop pasal dia nak main game. Pukul berapa nak tidur balik tak tahu lah.

Nampaknya hujung minggu ni rumah akan penuh - ye..ye.. - ada tetamu dari KL nak datang - sapa lagi kalau bukan Kakak sekeluarga, ibu, mak & mak Jang. Confirm nak datang pasal mak Jang sekarang dah ada kat umah Kakak. Seronok la anak2 pasal ada Balqish & Robin. Ibu, mak & mak Jang akan duduk rumah saya selama seminggu - lepas tu saya akan ke KL untuk hantar balik. Minta2 masa tu Jaya Jusco dah buat sales he..he..sempat lagi tu. Saya plan nak tengok wayang Twilight masa kat KL pasal tak nak bawa anak2 - tak sesuai pulak anak2 tengok cerita tu.

No comments: