Sunday, July 4, 2010

satar, otak2, tetamu


Mr Hubby & Khairul


Arnie & 2 orang kawan


Bukan main glamer saya he..he..malas nak tukar baju dah


harga baru - satar & otak2 - rm4 untuk 10 biji - saya beli satar rm4, otak2 rm4


tengah beratur nak beli tapi malu nak tangkap gambar kat belakang pasal ramai orang - sempat snap kat depan aje


Arnie kata masa dia pergi kedai ni tadi - dah abis - orang tu kata pukul 3 dah habis semua - memang pun, masa saya pergi tadi pun dah tinggal banyak ni padahal baru pukul 2 lebih


Tak tahu kenapa tuan punya kedai tak nak buat banyak2 padahal memang selalu dapat sambutan - kalau time cuti sekolah - kena pergi awal2, kalau tak mesti kempunan nak makan - Saiful selalu rungut kenapa la tuan kedai tak mahu buat banyak2 sedangkan pelanggan ramai - setiapkali tetamu datang rumah - selalu saya belanja makan kat kedai ni - Mak Teh & anak2, Kakak & Abang Lee, Saiful & Yan, Arnie & Khairul, Nyah suka sangat makan satar & otak2 - yang tak suka - Mak Uda, Abang Eky & Lyn
_____________________________________________________

Hari ini paling lewat saya bangun. Mujur la dapat suami yang baik hati & memahami - sayang bini pun iya jugak..he..he..Malu nak cakap kat sini saya bangun pukul berapa. (sambung gelak lagi) - nanti ada yang ngutuk.

Saya ada facial hari ini - lepas bangun & siap2, suami pun hantar saya. Mula malas nak pergi pasal sakit ulu hati pun masih terasa tapi pasal suami kata pergi aje la lagipun dah bayar pun. Iyalah jugak - tambahan nanti masa facial tu selalunya akan diurut - rasanya hilang sikit lenguh2 di bahu & kepala.

Selalunya saya pergi sendiri drive kereta tapi hari ini memandangkan saya MC - suami tolong hantarkan. Adik cuti sekolah hari ini pasal ada sukan hari Khamis last week.

Lepas habis facial tu dalam pukul 2.00ptg - pergi kedai beli almari baju adik - dah teruk dah almari baju yang dia ada sekarang - asalnya Awatif punya - dah 9 tahun usia almari tu pun - mula2 tak plan nak beli pasal ingat nak buat wardrobe kat bilik dia - tapi bila plan nak pindah malas la nak buat apa2 dah. Beli yang murah aje almari tu rm150 - lepas tu singgah kedai runcit beli rempah daging & santan - janji ngan suami nak masak gulai daging petang ni. Oleh kerana dari pagi tadi tak makan apa2 - rasa lapar la pulak - tiba2 teringin nak makan satar & otak2 - singgah kedai yang selalu pergi tu - beli mee sup tulang sekali. Orang ramai sangat kat kedai, maklum la hari Ahad - selalunya orang dari Kuantan & KL akan turun ke Kemaman - kedai ni paling famous kat Kemaman ni.

Lepas tu terus ambil Awatif - balik rumah - saya, adik & suami tidur. Tengah sedap tidur tadi, Arnie call - kata nak singgah rumah jap. Dia sekarang tengah makan satar ngan Khairul & anak2 serta 2 orang kawannya. Dia tidur kat Cherating semalam.

Saya pun bangun la - tengok kat dapur - apa2 nak nak dijamu - ada keropok udang & cupcakes yang saya buat aritu. Dia sampai pun dah nak maghrib. Kejap aje dia singgah - nak cepat sampai rumah nak tengok Mentor. he..he.. Saya rasa tak sempat dia nak tengok Mentor pasal nak pukul 8 dah baru keluar rumah.

Saya jamu apa yang ada kat rumah pasal last minute baru dia bagitahu nak datang. Kalau bagitahu awal2 boleh la buat apa2.

Hari ini Awatif start kelas fardhu ain malam. Dari pukul 7.45 sampai pukul 9.15. Adik tak mahu dah pergi - nanti suami kena ajar sendiri mengaji. Susah nak pujuk dah.

No comments: