Sunday, July 18, 2010

tetamu KL






Banyak hari tak update blog kerana sibuk - maklumlah ada tetamu kat rumah. Hari Jumaat pagi sibuk kat dapur. Malam sebelum tu saya buat laksa, bangun subuh terus kemas dapur & buat puding jagung. Lepas selesai masak puding jagung, gas habis pulak. Hari ini Jumaat - kedai tutup lagipun tak ada servis penghantaran gas ke rumah. Kelam kabut saya. Call ibu tanya nak bertolak pukul berapa. Ibu kata mungkin dalam pukul 1 tengahari. Saya cakap ngan ibu gas habis, saya tak sempat nak masak untuk makan tengahari - ibu kata tak apa, nanti ibu makan kat kedai.

Tengahari tu saya pergi kenduri umah jiran belakang. Dalam pukul 5 petang rombongan dari KL sampai. Riuh rendah satu rumah ngan anak2 - depa punya seronok macam tak bertahun tak jumpa.








Hari Sabtu - pergi bandar Kemaman & bawa anak2 pergi pantai.

No comments: