Wednesday, July 14, 2010

tayang muka







Gambar2 di atas menunjukkan yang memang niat saya nak tayang muka saya dalam blog saya sendiri he3...sapa2 yang nak ngata tu, sila2 bawa bersabar ha2...

Lama dia tak buat perangai nak mainan - hari ini dia start balik. Argh!!! sapa tu? sapa lagi kalau bukan budak ni..


Jenuh pagi ni pujuk dia pergi sekolah. Alasan baru dia hari ini:-
1) sekolah adik ada tangga, adik penat nak naik/turun tangga (logik gak alasan nie)
2) Uncle Chin marah kalau adik main
3) adik malas nak buat homework (ni alasan basi)

Selalunya janji ice-cream aje dia dah ok, tapi pagi ni mood dia berubah. Janji nak beli senapang baru la dia nak masuk bilik air mandi. Gosok gigi pun ala2 aje. Dah tak larat nak geram + tension ngan dia, dah lali pun.

Pergi tunas manja, tengok senapang yang ada kat situ, semua dia dah ada - masuk kat Kedai hari2 - dia nak baju bola - rm9.90, sepasang macam kat bawah nie,.

Bila dah beli baju, pergi kat tempat mainan, dia ambil pistol yang harganya rm3.90. Pandai pun dia ambil yang murah pasal cakap ngan dia Umi tak ada duit, lupa nak ambil duit kat Walid. Kena cakap macam tu siap2, kalau tak, macam2 yang dia nak.

Awatif tak dapat masuk story telling pasal semalam tak pergi sekolah, kesian kat dia, susah payah hafal sepanjang minggu nie. Tak pa, nanti Awatif boleh ambil bahagian lain kali ya. Suruh dia bawak inhaler kat sekolah takut nanti tiba2 dia "penat" - nak bagi makan ubat, ubat tu kuat,takut nanti dia ngantuk & letih pulak. Balik aje sekolah terus layan kura2 dia tu - Walid sorokkan makanan kura2 takut nanti anak2 dok jamu sakan kura2 tu - tak pasal2 kang pendek umur si Toti & Toto. Adik masih belum berani nak pegang kura2 - pegang "rumah" kura2 dia berani la ha.ha.

Hari ini saya rasa sangat2 boring padahal banyak kerja nak kena buat nie - petang kang baru nak start, bermula ngan kemas dapur & lipat baju. Tak pernah habis kerjarumah nie. Bila angin2 malas macam ni datang, rasa macam nak pakai maid aje. Tapi takut pastu sakit jiwa pulak. "badan tak penat tapi hati kacau bilau" itu slogan saya bila sebut pasal maid ni. Tak percaya tanya Maksu. Hari2 nak kena tahan iman supaya mulut tak terkata yang bukan2, kan Maksu?

No comments: