Sunday, July 25, 2010

shopping online



Pertama kali saya order online - tudung & telekung untuk Awatif. Kat sini susah nak cari tudung untuk budak2. Tudung yang ada sekarang banyak yang beli kat KL. Masalahnya tudung yang sedia ada Awatif tak nak pakai pasal dia kata sakit kat telinga. Mungkin pasal ada macam riben getah kat telinga tu.

Saya tak suruh & tak paksa pun dia pakai tudung. Tahun lepas saya larang jugak dia pakai tudung kalau nak pergi ke Kuantan - dia mengamuk sampai guling2 kat lantai nak pakai tudung jugak. Suami marah kat saya, "anak nak tutup aurat tak bagi pulak". Bukan macam tu, saya nak dia betul2 bersedia nak pakai & tahu tujuan kenapa kena pakai tudung. Setakat ini niat dia bertudung pasal takut jumpa Mualimah & kawan2.

Sekarang ni kalau jalan2 kat area Pantai Timur aje dia bertudung, luar pada tu, saya belum galakkan lagi. Biar dia dewasa sikit baru saya akan suruh. Bukan lah nak suruh ikut macam Umi yang umur 23 tahun baru nak tutup aurat. Seru tu lambat sampai He..he..

Berbalik pada kisah beli online tu, saya rasa dugaan banyak betul. Masa nak bank in duit tu mula2 dah order & janji nak bank in tapi terlupa langsung bila ibu & mak datang rumah. Kedua tu bila nak bank in, mesin Maybank tu jem pulak. Minta no akaun bank lain kat Yusra (penjual), dia bagi no akaun CIMB, bila dah bank in, duit rm5 tak boleh nak masuk pulak, boleh masuk rm110 aje. Semua jumlah tu rm115. Bila nak try guna internet banking, pun tak boleh. Dari pagi suami cuba tapi still tak boleh. Jadi saya masih terhutang rm5 ngan dia. He..he..

Rasanya best jugak shopping online nie. Pasal bab menghabiskan duit ni saya memang cekap kan?..he..he..

No comments: