Wednesday, July 21, 2010

pulut durian & pizza

Sampai rumah aje lepas ambil Awatif, terus masak pulut + blender kelapa parut, nak makan ngan durian semalam. Masa makan tu rasa tak best aje, bukan pasal pulut yang saya masak tu ataupun pasal durian tu tetapi pasal makan sorang2. Anak2 tak nak makan, Awatif yang selalunya suka pulut & durian, tak nak makan pulak. Makan la saya sorang2 pulut ngan durian sambil ditemani dengan drama Korea. He3..


Sapa2 yang teringin tu mari la datang sini, pulut & durian tu masih ada lagi dalam peti ais.

Petang tu tiba2 hidung Awatif berdarah - banyak sangat - dah 3-4 minggu hidung dia tak berdarah, nie tiba2 datang balik. Habis satu tuala basah ngan darah dia. Saya suruh dia rehat kejap pastu mandi basah rambut banyak2. Suami selalu bebelkan dia pasal suka mandi air panas, tengahari buta pun kalau dia mandi mesti nak air panas. Nak dekat maghrib Awatif buat perangai. Nak suruh beli Al-Quran yang macam kawan dia malam ni jugak. Mualimah marah pasal dia pakai Al Quran yang macam sekarang. Tak faham sungguh ngan sekolah & dia sendiri. Mula2 pakai yang biasa, dia kata berat nak bawa, pastu beli yang kecil, dia kata susah nak baca, beli yang besar & ada terjemahan pun tak boleh, last sekali tadi beli rm35 yang sederhana besar. Kalau kena beli lagi lepas ni tak tahulah.

Lepas beli Al Quran tu anak2 nak makan pizza - rasanya bulan ni dah banyak kali dah makan pizza. Masa kakak datang haritu pun beli jugak. Iya2 sangat anak2 nak makan last2 sorang sekeping aje, tupun tak habis. Awatif kata cheese & sos tu masam, saya rasa biasa aje. Adik kat rumah dah makan laksa semangkuk - dah kenyang. Dia dok kutip nenas kat atas pizza aje. Geram betul ngan perangai anak2 nie, tak ikut ngamuk pulak. Last sekali Umi & Walid la tukang perabisnya, macamana la Umi & Walid badan tak kurus2? Ini anak2 puncanya he..he..


No comments: