Thursday, July 8, 2010

rajin, malas, keledek goreng,berat badan


Ini ikan pari bakar yang saya buat petang semalam, nak buat air asam, suami kata x payah, dia makan dengan kuah tomyam yang kelmarin dulu punya. Ingat x nak buat dah tapi suami nak makan, kena lah gagahkan jugak badan & hati yang malas nie..(sebenarnya tengah dalam proses "membodek" suami - maklum lah lagi berapa ari aje nak ke tarikh 3-8 nie, banyak list dah prepare nie he..he..)


Petang2 ni rasa lapar pulak, tengahari tadi x makan nasi - nak masak, pening (bukan malas ya), nak keluar - panas bahang sangat kat luar - jadi buat sendiri la keledek goreng ni, keledek dah lama beli tapi arini baru la ada angin rajin nak goreng. Selalunya mesti orang akan kata "makan keledek panas2 ngan kopi o baru la kaw" tapi saya lain "makan keledek panas2 ngan root beer sejuk ni baru lah kaw" - peringatan - air hitam tu bukan kopi tapi root beer...

Hari ini adik tak pergi sekolah - bukan pasal dia buat perangai ke apa tetapi sebab umi pening kepala - dari semalam kepala saya berdenyut-denyut - tidur semalam kejap2 terbangun - x tahu macamana nak cakap - rasa berat sangat kepala + bila datang denyut2 tu rasa macam nak termuntah. Sejak akhir2 ni macam2 la penyakit datang, mula2 sakit perut, pastu sakit ulu hati sekarang nie pulak pening kepala. Saya rasa mungkin pasal cuaca kot, panas sangat cuaca di Kemaman nie. Ibu kata kat KL tiap2 petang hujan tetapi kat sini dah berapa hari x hujan (eh..semalam hujan tapi kejap aje).

Pagi ni bila bangun masih lagi terasa sakit tapi dah banyak kurang - bila baca blog bidadarindu pasal panadol - saya tak berani pulak nak makan - saya makan ubat pening untuk sinus - Alhamdulilah petang ni dah lega sikit. Bila dah rasa lega mula la lapar - teringin nak makan macam2 - call suami tadi ajak pergi pasar malam - suami kata mungkin balik lambat sikit pasal kerja banyak. Sementara tunggu suami balik, saya goreng la dulu keledek - buat alas perut he.he. Saya terasa macam nak makan benda pedas2 - tapi tak tahu nak makan apa. Macam ni la saya kalau lepas baik dari sakit - he..he..pening kepala tu kiranya satu penyakit jugak la.

Saya baru "ada berani" timbang berat tadi - sebelum balik kampung cuti sekolah bulan 6 lepas, berat saya 47kg - itupun dengan susah payahnya saya berdiet & exercise - lepas balik kg & KL - saya langsung tak hiraukan diet saya, maka dengan ini saya isytiharkan berat saya 51kg wa..wa..wa.. Nak turun punyalah susah tapi nak naik kejap aje, kurang asam betul he..he.. ni nak marah kat sapa? kat perut ke, kat badan ke, kat mulut ke atau kat hati? ataupun kat makanan sedap2? he..he..

Tajuk saje saya buat panjang2 - senang - orang baca tajuk dah boleh tahu apa isi n3 saya ni.

No comments: