Friday, July 30, 2010

PUSRAWI 1








gambar2 diambil pada hari Isnin

Baru sampai rumah - dari hospital. Plan nak tidur kat sana tapi adik pulak demam. Dari semalam dia demam. Kesian dia, sejak hari Isnin lepas, saya langsung tak pedulikan dia & Awatif. Pagi2 pukul 7 dah sampai kat hospital, pukul 1 pagi baru balik rumah. Bila balik tengok anak2 dah tidur. Saya sempat tidur kat hospital satu malam aje. Adik nangis2 cari saya bila nak tidur. Minta tolong bibik Is jaga dia. Awatif dah besar jadi dia faham.

Sejak hari Isnin saya tak cukup tidur. Sekarang mata mengantuk tapi tak boleh nak tidur. Mungkin badan letih & fikiran runsing.

Alhamdulilah, mak boleh keluar esok. Badan mak masih lemah, mak tak boleh tinggal sorang2, kena ada orang teman mak 24jam.

Saya ingin berkongsi cerita masa dapat panggilan dari Kakak pada hari Isnin tu. Saya dah tahu mak masuk hospital hari Ahad. Mak dah pesan kat Kakak jangan bagitahu saya kerana takut saya bimbang dah pergi KL hari tu jugak. Mak kata mak ok cuma mak batuk & demam aje. Jadi walaupun saya rasa macam nak terbang ke KL hari tu jugak tetapi mak kata hari Jumaat datang KL tengok mak.

Hari Isnin lepas bila sampai rumah lepas ambil adik, saya baring2 sambil tengok tv dalam bilik. Terus tertidur. Sedar bila dengar bunyi hp, Kakak cal. Dengar suara Kakak cakap sambil nangis. Saya baru bangun tidur tak berapa faham Kakak cakap apa - dengan suara Kakak nangis lagi la saya tak faham. Tapi masa tu dah boleh agak ni mesti pasal mak. Saya dah gigil satu badan walaupun tak tahu sebab apa.

Antara dialog Kakak (setakat yang saya ingat) " sayang mai la KL - hari ni jugak - jantung mak boleh operasi 18% aje, anytime boleh kena serangan jantung - doktor suruh kita bersedia & panggil anak2 cucu2 balik "

Bila dengar tu saya terus cal suami kat ofis suruh balik ambil saya & anak2 pergi KL sekarang jugak. Suami kata dalam 30 minit dia sampai. Saya terus ambil Awatif kat sekolah, siap2 packing baju & tunggu suami balik. Saya tak ingat saya bawa baju apa pasal main sumbat aje baju2 dalam beg. Bila suami kata bawa baju apa, saya kata tak ingat. Memang saya tak ingat, fikiran dah melayang-layang dengan gigil satu badan.

Sepanjang perjalanan rasa lambat sangat padahal suami dah bawa 120. Suruh suami bawa laju, dia kata nanti kena saman. 120 tu dah laju la dia kata. Memang rasa lambat betul. Saya bertolak dari rumah dalam pukul 2.30, sampai KL dalam pukul 5 lebih.

Bila sampai hospital tengok mak lemah sangat - air mata kena tahan tak bagi keluar pasal Kakak dah pesan jangan nangis depan mak. Mak tak dengar doktor cakap pasal jantung mak - mak ingat pasal paru2 mak (sakit biasa). Tengok ibu dah bengkak mata - Kakak bagitahu mak dah bagi amanat kalau mak tak ada suruh "simpan" kat sebelah kubur makcik. Itu yang buat ibu & anak2 cucu2 nangis tu. Masa saya sampai bilik mak tu dah penuh ngan anak2 cucu2 cicit2 mak. Saya yang terakhir sampai tengok mak.

Ibu yang paling terasa dengan keadaan mak sekarang. Hari Isnin tu ibu tak makan apa2. Jenuh nak pujuk ibu makan - bila saya sampai tu, pujuk ibu makan, takut ibu pulak yang sakit.

p/s : sambung lagi cerita nanti - saya rasa letih sangat - nak cerita pun ayat2 berterabur..

No comments: