Wednesday, July 14, 2010

pertandingan pakaian beragam


Ini Awatif masa 5 tahun - masuk pertandingan pakaian beragam - ala2 PARI-PARI dalam cerita bawang putih & bawang merah tu. Temanya sparkling (betul ke penggunaan ayat nie). 2 minggu sebelum tu saya jenuh mikir apa la nak bagi dia pakai. Pergi Kuantan cari apa2, tak ada yang menarik. Kebetulan masa tu memang "ngetop" ngan Pari2, jadi saya minta ibu tolong tengokkan kat ToyRus, ibu beli sayap & hiasan kepala, tangan & kasut, kiranya satu set, kemudiannya Abang Li poskan. Sampai rumah saya dalam beberapa hari sebelum konsert. Alhamdulilah, dia dapat no. 3.


Ini Aisy masa 5 tahun jugak - sama macam Awatif, Aisy masuk pertandingan pakaian beragam dengan temanya - recycle - kali ni jenuh fikir, apa yang nak dibuat, nak pakai apa, hiasan macamana. Kalau perempuan senang nak reka baju & hiasan kepala. Lelaki susah sikit - kalau biasa aje takut nanti simple sangat, kalau lebih, takut over pulak. Setelah berhari2 fikir, inilah hasilnya. Seminggu saya habiskan masa untuk siapkan costum ni. Mula2 tu Kakak bagi idea jadi pokok, saya pun pergi Kuantan cari baju & seluar hijau (idea Kakak), lepas sehari dua saya rasa macam lari tema pulak. Alhamdulilah, adik pun dapat no. 3.

Saya bersungguh2 siapkan mereka bukan kerana nak menang sangat tetapi tujuan utamanya ialah supaya itu akan menjadi kenangan mereka sampai besar. Macam saya di bawah nie :-

Kenangan ini paling bermakna - dalam usia 35 tahun saya masih boleh ingat betapa manisnya kenangan itu. Saya harap anak2 akan ingat kenangan itu sampai mereka besar seperti mana saya. Saya juga harap anak2 tahu betapa mereka bernilai dalam hidup saya. Alamak! terkeluar dah ayat2 skema ni - nanti ada la yang tak senang duduk tu ha..ha..ha..

No comments: