Saturday, July 10, 2010

pening kepala








Semalam langsung tak makan apa2 - tengahari tu bagi anak2 makan nasi & gulai daging yang saya buat 2-3 hari lepas - walaupun daging tu tak sampai sekilo tapi makan masa berhari2 untuk habis. Bukan pasal tak sedap ya - he.he. tapi pasal tak ada orang nak makan sangat. Yang makan cuma suami sorang aje, saya nak kurangkan pengambilan daging & santan dalam pemakanan saya. Anak2 pulak ikut mood - kalau depa rasa nak makan, depa makan, kalau tak - tak ada lah.

Bila petang tu dah rasa berbunyi perut - cakap ngan suami, teringin nak makan burger A&W - suami kata lepas Isyak - jadi lepas solat tu kami pun keluar - tiba2 lak saya nak makan nasi lemak - adik pulak bila dengar tak jadi makan kat A&W, mengamuk sakan. Kami pun teruskan plan makan kat A&W - order ayam 2 set, waffle ais cream & burger. Lepas makan tu singgah kedai beli nasi lemak bungkus untuk saya. Macamana la badan tak naik kan? Malam2 makan nasi lemak...

Lepas makan pergi The Store - jalan2 cuci mata tengok baju2 - pastu gunting rambut adik.

Sebenarnya semalam saya pening kepala sangat2 - antara sebab tak makan semalam - bukan nak diet ke apa tapi tak leh nak makan, tapi dalam pada tu sempat lagi tukar wajah blog saya nie he..he.. kalau ibu tahu sure bising. Lepas dok depan komputer lama2 lagi la pening kepala sampai muntah. Penangan blog punya pasal ha..ha..

Hari ini plan kami - nak pergi Kuantan - tetapi mungkin lewat sikit - suami nak study, selasa depan ada exam. Tujuan utama nak pergi Kuantan :-
1) sebab saya boring duduk rumah
2) nak tengok baju raya untuk saya pulak
3) saja2

Ingat nak tengok wayang Twillight tapi sure orang ramai sekarang - jadi nak tengok lepas 2 minggu ke baru orang tak ramai.

p/s : gambar makan kat A&W tak ambil pun pasal masa tu saya pening kepala sangat - masa adik gunting rambut nie suami yang snap kan, saya sempat snap 1 -2 keping aje.

No comments: