Thursday, July 1, 2010

pasar malam

Lepas bangun dari tidur (lepas ambil Awatif sekolah) - rasa lapar pulak - tengok jam dah pukul 6.15petang - suami tak balik lagi. Suruh adik call - suami kata dah on the way. Siapkan anak2 & tunggu suami balik. Dalam 10 minit suami pun sampai rumah. Terus kitaorang keluar pergi pasar malam.

Adik "adik nak nasi blue" - nasi blue tu nasi kerabu - dia suka sangat2. Boleh habis sebungkus. Adik nie dah jadi orang Terengganu, budu, satar, keropok lekor dia suka sangat makan. Awatif kurang makan makanan Terengganu nie - yang dia suka sushi. He..he..

Saya beli nasi kerabu 2, sebungkus untuk adik, sebungkus untuk saya. Awatif tak nak apa2 cuma nak durian & buah manggis. Dalam kereta tadi saya & suami dok bebelkan dia - suami "macamana Awatif sihat kalau tak nak makan - Doktor pun kata Awatif ni kecil, tak macam budak darjah 3" saya pulak sambung "cuba tengok Kakak Balqish tu - badan dia macamana - berbeza ngan Awatif". Bla..bla..bla...kami nasihatkan dia.

Durian sekarang mahal - sekilo rm7 - tadi saya beli sebiji kena rm14. Itupun tak tahu bila boleh habis. Saya kurang makan durian ni - kecuali kalau makan ngan pulut, suami pulak langsung tak makan - adik ikut suami - langsung dia tak nak dekat pasal dia kata bau busuk. Ha..ha..

Saya tengah kenyang nie ..ha..ha.. - makan nasi kerabu sebungkus, makan manggis, makan satay 2 cucuk, makan durian 2 ulas - sekarang nie nak bangun pun dah tak larat. Ingat nak kemas dapur - semalam buat cupcakes & pagi ni buat sandwich - tak kemas2 lagi. Petang tadi rasa tak larat sangat.

Esok ada 2 tempat nak kena pergi - pertama, pagi esok kena pergi sekolah Awatif, nak kena sign report kad & jumpa cikgu kalau2 ada apa2 masalah, kedua, nak pergi jemputan majlis harijadi anak kawan (anak dia sebaya Awatif tetapi lelaki).

1 comment: