Wednesday, July 7, 2010

malas, panas, ice cream



tiap2 hari nak kena upah ais cream - no ice cream, no school - tapi tak apa la jugak upah ice cream, kalau dia nak senapang tiap2 hari macam dulu2, parah la jugak poket walid he..he..



gian pulak nak bergambar - sila abaikan badan saya yang makin berisi tu..he..he..ni adik yang snap kan, traffic light tengah merah, sempat lagi posing..suka hati la kan?
_________________________________________________

Hari yang amat panas hari ini - bila keluar rumah nak ambil anak2 sekolah - rasa berpinar-pinar mata. Dah berapa hari dah tak hujan, asyik panas membahang aje. Aircond dalam bilik tak sejuk langsung, mungkin pasal dah lama tak servis. Sejak 3-4 hari ini tak payah nak kejut adik susah2, off aje aircond, dia dah mula jaga. Memang panas walaupun waktu pagi.

Cikgu yang nak ajar adik tution menolak untuk datang rumah - pendek kata tak jadik la adik tution membaca - kalau nak jugak, kena hantar dia kat rumah cikgu tu yang makan masa hampir 40 minit - pulak tu waktu malam dari pukul 8mlm hingga 9.30mlm. Sampai rumah sure pukul 10 lebih, kesian pulak adik, mesti letih & ngantuk. Esok nak pergi sekolah mesti mengamuk punya. Rasa risau sungguh saya & suami nie, dah nak dekat hujung tahun, baca pun dia tak tahu lagi.

Masalah besarnya dia tak mahu langsung belajar dengan saya @ suami. Kalau dia nak, senang, saya boleh ajar - dalam kepala dia dah set - belajar kat sekolah aje, kat rumah buat homework aje - habis macamana? dah terlebih pandai sangat la tu...

Bila panas sangat macam gini - angin malas saya sudah datang - pagi tadi beriya2 nak masak ikan pari bakar + air asam & sup suun pucuk. Lepas hantar adik tadi, terus keluarkan ikan. Tetapi....bila dah petang & panas nie, rasa malas sangat2. Suami pulak cal tanya nak makan apa hari ini, ada pasar malam kat Balok, habis macamana saya nak rajin he..he..Alasan sebenarnya tu.

Saya pula tengah lapar sangat2 nie, tadi lunch tak makan nasi, makan roti aje. Adik pulak makan nasi lemak. Nak panaskan tomyam semalam pun rasa malas he..he..Kalau boleh nak duduk aje goyang kaki dalam bilik ber aircond yang tak berapa sejuk nie sampai malam. Gamaknya boleh ke?

No comments: