Wednesday, July 14, 2010

makcik tua


cinta hati saya - nyawa hidup saya

Cerita ni jadi 2-3 minggu lepas tapi selalu lupa nak ceritakan dalam blog ni. Bila teringat tadi, terus on kan komputer.

Kejadian ni jadi masa nak sign report kad Awatif dulu. Lepas balik dari sekolah Awatif, saya singgah kedai - dah selesai beli semua barang2, nak pergi kat kereta, ada seorang makcik nie datang kat saya. Dia cakap pekat bahasa Terengganu, saya kurang faham - dibawah ni dipendekkan dialog dia mengikut pemahaman saya (agak2):-

Makcik : boleh tak tolong makcik? naik kereta (atas bas, teksi, orang hantar - ni saya tak faham sangat)- tak hantar kat depan rumah, terlajak, minta tolong hantar dia & mak dia balik rumah (atau rumah sapa2). mak dia dah tua (sambil tunjuk kat saya seorang nenek tua sedang duduk kat tepi jalan)

Saya : saya tak tahu sangat jalan kat sini (sambil cakap serba salah - saya perhatikan makcik tu letak tangan dia dalam handbag)

Makcik : X pa, makcik tahu jalan, nanti makcik tunjukkan.

Saya : saya nak cepat ni nak balik rumah, anak2 nak makan.

Makcik : kesian kat mak makcik tu, dah tua (saya tengok makcik tu ngan mak dia usia tak jauh beza), tak larat nak jalan dah

Saya : saya nak beli air jap

Makcik : tak apalah, makcik boleh tunggu

Saya : anak2 saya nak balik rumah cepat

Saya memang rasa serba salah sangat - kesian sangat kat makcik & mak dia. Tapi saya sangat takut, sekarang ni macam2 boleh berlaku. Jangan mudah percaya pada orang sekarang ni pasal banyak kes kecurian & samun berlaku. Sungguh, saya rasa serba salah sangat. Tengok keadaan mak makcik tu buatkan saya sedih sangat.

Masa saya beli air nenas kat warung depan tu, saya tanya adik jual tu macamana? Agak2 boleh percaya tak? Adik2 tu kata tak payahla kak, sekarang nie bukan boleh percaya sangat, bahaya. Macam2 jadi sekarang nie.

Masa saya nak balik tu, saya tengok dia tanya semua orang yang singgah kat kedai tu, tapi setakat yang saya tengok, semua orang tak pedulikan dia. Saya memang kesian sangat2, betul2 rasa serba salah, kalau saya tolong, kalau betul dia ada niat jahat, macamana saya ngan anak2, kalau setakat saya seorang tak apa, dan kalau memang dia benar2 betulkan perlukan pertolongan, macamana? Keadaan yang buatkan kita jadi kejam kan? Kalau la orang jahat yang betul2 jahat tak buat perangai, kan mudah kita nak percaya pada orangkan?

Masa saya balik kampung bulan 6 lepas, Cikgu Timah cerita kat mak yang ada orang kampung kena rompak. Dia duduk sorang2 kat rumah dia, satu hari tu ada seorang perempuan muda bertudung labuh datang ke rumah, minta nak "pinjam toilet", bila dah masuk rumah tu, habis barang2 kemas di rompak. Jadi kesimpulannya, sekarang ni jangan mudah percaya walaupun lelaki atau perempuan (tak kira makcik ke, perempuan muda ke).

Berbalik pada kisah tadi, saya cerita kat ibu - tak sempat habiskan cerita tu ibu dah leterkan saya "berani sungguh hang nie" - La!! saya tak sempat nak habiskan ayat2 saya ibu dah buat kesimpulannya. Ibu pesan banyak kali kat saya, jangan mudah percaya pada orang. Saya rasa kalau anak2 tak ada time tu, mungkin saya akan tolong. Fikir pasal anak2 yang buat saya jadi serba salah.

Betul ke tindakan saya yang tak menolong? Kejam ke saya? Hati batu ke saya? Macamana pendapat followers semua?

p/s : 1) yang buat saya tertanya2 sampai sekarang, kenapa dia masukkan tangan dia dalam beg sambil cakap ngan saya? Ada pisau ke atau benda apa2 yang membahayakan? 2) betul ke yang tu mak dia pasal tak nampak sangat perbezaan umur antara dia & maknya.

4 comments:

bidadarindu said...

1.Patutnya kena tolong dia..tolong x semestinya kena hantar dia..banyak cara nak tolong...satunya tolong tahan teksi...suruh teksi hantarkan ke rumah dia...bayarkan duit teksi tu...dia tipu ker apa ker dia punya pasal...urusan dengan Allah...

2.Tangan makcik tu dalam beg dia,sbb dia tengah bertasbih...x kan la makcik tua tu pegang pistol mainan anak dia yang beli kat tunas manja tu pulak...(kena berprasangka baik pada org)he he..

3.Betul ke x mak or x sbb x nmpk sangat perbezaan, apa beza k.sayang ngan yong pun..May kan pernah cakap yong nmpk muda walaupun umur 58...tu maknanya k.sayang yang nampak tua mcm umur 58...ha ha ha..ha ha...

sayang said...

Amboi-amboi!! dalam komen tu sempat lagi nak ngata kita ya. Mcmana pun, terima kasih atas
ulasan yg diberi. Lain kali boleh pratikkan kalau terjadi lagi kejadian yg serupa.

rositahmdzain said...

haha..pandai sungguh bidadarindu berkata2 dan memberi pandangan yg teramat bernas dan kritikan yg sgt pedas.

rositahmdzain said...

apa ni dah bape kali post komen tapi x blh lagi, ni yg uda nak hot. dah berkali2 sign in.