Saturday, July 3, 2010

last minute


nak sangat makan sushi sampai meleleh air mata - Umi dah beli - HA!! kena la abiskan semua - mahal tu rm39-00.


setengah dah makan kat chicken rice shop tadi - ni tinggal setengah bawa balik rumah


laksa Singapore dari Laksa Shack - sedap - saya suka


nak balik dah - sempat lagi suruh Awatif "snap"


Awatif tengah tunggu sushi - take away - lambat sangat tunggu - nak dekat setengah jam


berapa kali hari ini dia kena cubit ngan saya - duduk tak diam sangat


sebelum edisi sedih - time ni belum lagi tunjuk perasaan - still tahan lagi - bila nasi ayam dah sampai baru "drama" mula he..he..



kat Megamall - baru lepas solat Zohor - tengah tunggu Walid bayar parking


kat Megamall - tangkap gambar ngan belon bola2 - time ni Awatif tengah mogok pasal baru kena cubit ngan saya - gaduh ngan Aisy (malas nak cerita - geram!!)


kat Balok - air kelapa dia sedap - fresh - dulu2 keropok lekor dia sedap tetapi sekarang ni dah tak sedap sangat - rasa macam tepung banyak dari ikan


untuk lunch Awatif makan goreng pisang - he..he..jangan terkejut - pukul 1 tengahari dah ada jual goreng pisang


adik sibuk nak makan bubur sumsum tu - tapi alih2 saya & suami yang habiskan - sedap pulak, mungkin pasal lama tak makan, nak buat tu senang sangat tapi dah malas tu jadi la susah kan???


dalam kereta masa ni tahan sakit - bedak pun x pakai pasal satu pasal tergesa2 keluar rumah, kedua, x ada mood nak make up pasal sakit


dalam kereta

Saya bangun lewat sikit - dalam pukul 10 pagi - semalam tak boleh nak tidur sangat - sakit ulu hati - kejap2 terbangun - ingat nak ajak jugak suami pergi Klinik 24 hours tetapi tengok dia tidur lena aje, siap dengkur lagi - kesian pulak. Jadi saya tahan aje la sakit ni sampai pagi. Bila bangun tidur, rasa macam kurang sakit cuma sesekali dalam setengah jam baru "sakit" tu datang - sekali datang terasa sangat la sakit - setakat ni rasa ok lagi - malas nak pergi Klinik sebenarnya - kalau tak tahan sakit sangat baru nak pergi Klinik malam ni.

Lepas saya bangun tidur - tengok suami & anak2 dah mandi - saya & suami sembang2 - tiba2 suami kata dia nak beli seluar & kasut untuk kerja - saya pulak kata saya macam terasa nak makan western food - suami kata "jomla kita g Kuantan tetapi malas ngan adik, nanti dia nak suruh beli macam2 pulak" saya kata "jap - sayang panggil dia" - saya "adik, adik" - adik " ya - kenapa umi?" - saya " kita nak g Kuantan, tetapi adik kena janji dulu tak nak beli mainan apa2, adik promise dulu" - adik "ok, adik promise, beli kereta kecil, boleh tak umi?" - saya "kereta kecil aje tau, promise" - adik "ok, adik promise".

Sebelum sampai Kuantan, singgah Balok - makan keropok lekor, satar & goreng pisang - makan sekadar alas perut sebelum makan kat Kuantan. Kiranya breakfast kami la padahal waktu tu dah pukul 1 lebih. he..he..

Jadi kami pun pergi la Kuantan tengahari tadi - plan last minit - mula2 pergi Berjaya Megamall - suami cari seluar & kasut kat Parkson tetapi tak ada yang dia berkenan - nak beli kat Jaya Jusco, KL pulak. Sambil2 tu dapat juga saya "sambar" baju kat Awatif & Balqish sorang sepasang ngan seluar. Baju tu sama ngan baju yang saya pakai masa reunion sekolah rendah. Saya tengok2 terus jerit "eh..sama ngan baju reunion" - saya call kakak tanya kalau Awatif saiz 9 - agak2 Balqish saiz 11 boleh muat tak? Kakak suruh ambil saiz 12 - tetapi saiz 11 yang paling besar. Saya belek2 - rasa boleh kot. Saya beli seluar putih nak padankan dengan baju tu - seluar jenis kecil kat bawah - Awatif pakai nampak cantik sangat.

Tapi sebelum tu Awatif dok ngamuk tak nak try baju2 tu - saya punya GERAM la - kalau dulu masa ibu nak beli baju punya seronok nak try tapi anak2 sekarang - buat tak heran aje. Geram betul la....Hari ini Awatif pulak yang banyak buat perangai - asalnya dia tak mahu pergi Kuantan pasal dia kata nak rehat kat rumah - tetapi yang betulnya dia nak tengok cerita Indon tu.

Lepas tu pergi pulak East Coast Mall - cari makan - ingat nak makan kat Black Canyon tetapi ramai orang sangat - penuh - malas nak tunggu pasal dah la sakit - masa shopping tadi tak rasa sakit sangat (sebenarnya x jugak, tadi masa pilih2 baju saya rasa macam nak pitam dah - tahan aje tapi pasal shopping punya pasal, lupa sakit kejap). Last2 makan kat The Chicken RiCe Shop (CRS) - ada promosi ayam rendang kunyit - sedap jugak la - tetapi makan nasi & lauk dah sejuk pasal pergi Sushi King - bungkuskan sushi untuk Awatif. Masa kat CRS - Awatif dah meleleh air mata nak makan sushi - nak tunggu siap sushi tu nak dekat setengah jam.

Saya mula2 teringin nak makan laksa Singapore kat Laksa Shack tetapi suami nak makan nasi - jadi suami bungkuskan untuk saya - sampai rumah walaupun dah kenyang tapi saya makan jugak laksa Singapore tu sikit tapi share ngan adik. Saya simpan sikit untuk suami. Anak2 pulak makan sushi beli tadi - banyak pulak saya terbeli - selalunya kalau kat KL - beli banyak tu sekali hadap aje - maklumla makan ramai2 & berebut - ni depa 2 beradik aje nak makan - x ada nak rebut ngan sapa2 dah - he..he.. saya & suami tak berapa nak lalu sangat - setakat 2-3 boleh la gagah.

No comments: