Saturday, July 10, 2010

Kuantan


sila abaikan muka saya yang x berapa nak siap tu he..he..masa nie nak g solat Asar tapi sempat jugak nak posing


hari ini ramai sangat orang - nak masuk parking pun berjam2 - terpaksa parking atas bangunan Megamall - agak2 mesti ramai orang tertipu macam saya - ingatkan baju2 yang sales sampai 80%


orang punya ramai - nak beli ais cream McDonald pun kena beratur + tunggu sampai setengah jam - saya segan nak snap gambar kat belakang saya - Q panjang


Kimchi Ramen Spicy Soup - bila tengok drama Korea teringin betul nak makan Kimchi - nak tahu apa rasanya - walaupun tak dapat makan Kimchi sepenuhnya, dapat makan sup ni pun jadik la - sedap sup - lain kali boleh datang lagi tapi harga mahal sikit la


ini nasi ngan set gril seafood - boleh tahan la jugak


Awatif makan nasi ngan chopstik - pandai dia - kat rumah pun kalau makan mee & bihun dia akan guna chopstik - masa ngandungkan dia, saya selalu tengok cerita cina (masa tu x ada astro lagi), tiap2 hari makan nasi ngan chopstik, agaknya pasal tu kot dia suka sangat ngan chopstik nie...


restoran Teppanyaki kat Megamall


satu pinggan nasi goreng pattaya - habis Awatif makan - memang kesukaan dia


adik makan x abis - selalunya Walid yang tolong habiskan


Awatif buat muka bila suruh posing - geram betul


muka adik ngan rambut baru he..he.. kelakar betul - tengok pipi saya yang bulat tu - dari jauh dah nampak - tadi cal kakak - kakak tanya "hang diet x" - saya "x pun -sayang x mula pun lagi, semalam pukul 10 makan nasi lemak" - kakak "akak pun sama la.he..he.asyik makan aje" - saya "isnin depan baru sayang nak start diet balik" - itulah antara skrip2 wajib kami bila bercakap dalam telefon he..he..
_____________________________________________________________________

Pukul 3 lebih keluar pergi Kuantan. Last week nampak iklan Parkson Megamall buat sales sampai 80%. Saja nak tengok apa yang sales tu, kalau ada yang berkenan & murah boleh la beli. Sebelum sampai Kuantan singgah kedai makan kat ofis suami, anak2 lapar sangat - anak2 makan nasi goreng pattaya & suami makan nasi putih & tomyam daging. Saya tak makan pasal tak ada selera nak makan kat situ.

Lepas makan terus pergi Megamall, rupa-rupanya yang sales tu cadar2 & bantal2. Yang baju2 tu sales biasa2 aje. Alah! menyesal pulak datang - buat habiskan duit minyak aje he..he.. Tapi dalam pada tu sempat lagi saya sambar seluar 2 helai & baju sepasang untuk saya, bukan buat raya tapi buat jalan2 aje. Nanti kat KL la shopping baju raya - banyak pilihan berbanding kat Kuantan ni.

Lepas shopping "ala kadar" tu saya singgah restoran Teppayanki - saya ambil nasi & grill seafood & kimchi ramen spicy soup. Sedap jugak. Kami makan share2 aje pasal tadi suami & anak2 dah makan cuma saya aje yang belum. Mahal jugak makan kat situ - yang tu saja dah rm60. Kalau tahu mahal macam tu baik makan ikan bakar pun tak apa. He..he..

Perut dah kenyang baru teringat tak sembahyang Asar lagi (itupun suami dok cakap banyak kali) - suami saya ni senang nak ajak shopping janji tempat tu ada surau - kalau kat KL tu dari pagi sampai malam saya & kakak shopping, suami saya & Abng Lee ikut aje tapi itulah, yang penting ada surau. Sekarang nie kat mana2 shopping complex dah ada surau, jadi memang senang sangat2 la.

Nak tahu kenapa kami ambil masa yang lama untuk shopping? Sebabnya :-

1) selalunya kami pilih tema caler contoh merah, mula2 beli baju anak2 dulu, bila beli baju anak2 perempuan caler merah, kena cari pulak caler merah kat anak2 lelaki. Dah selesai bab anak2, bab Umi & Walid pulak. Kalau caler merah tu senang nak cari, kalau caler kelabu, hitam & coklat susah nak cari - HA! merayau la kami satu shopping complex tu cari warna yang sama. Kalau tak ada, kami sambung esok pulak. Hari ini pergi Sogo, esok pergi Mid Valley, lusa pergi One Utama, tulat tu pergi The Curve. Macam ni lah tiap2 tahun bila kami nak shopping baju raya. Kadang2 ibu ikut, kadang2 ibu tak mahu ikut pasal tak larat.

2) kalau kami keluar shopping ni selalunya kami "berlagak" sikit he..he.. Kalau kat rumah ada makanan pun, kami tak akan makan. Kami sampai aje kat shopping complex mesti rasa lapar, pastu makan la kat mana2. Kat situ dah makan masa 2-3 jam. He..he.. Kami memang satu kepala - suami pun tak terkata apa2 kat kami.

Tutup bab shopping nie - nak sambung pasal tadi - lepas makan + solat, terus bertolak balik, sebelum tu singgah Masjid, solat Maghrib pastu singgah pasar malam Balok beli laksa, murtabak & sayur2 sikit. Ingat nak beli ikan siap2 untuk ibu datang next week tapi rasa macam awal sangat pulak.

Sampai rumah terus anak2 tidur - letih sangat la tu - esok nak sekolah. Pening kepala saya dah hilang, mungkin pasal jalan2 kot - kalau dok kat umah mesti pening balik he..he..

1 comment:

ain_pinkz said...

rasanya dialog antara "kakak" & "saya" tu akan sama ja sampai bulan posa nnt..hahahaha!
dah posa bru nak start diet kot..hik3