Monday, July 12, 2010

jiran lama

Gambar dulu

Masa ni kami berjumpa kat A@W KLCC - memang plan nak jumpa. Jiran lama masa duduk kat Rantau Bukit, Kerteh. Pregnant sama2 & bersalin pun di tempat yang sama -Hospital Pakar Ampang Putri, KL. Dia bersalin awal sehari daripada saya - bezanya dia bersalin normal, saya kena csect. Pagi sebelum kena admit saya sempat melawat dia di bilik - lepas melawat dia terus saya "daftarkan" diri, petang tu pukul 3 terus kena usung ke bilik bedah. Malam tu dia pulak yang melawat saya.

Dia pandai masak & pandai buat kek & biskut. Selain tu, memang dia rajin & suka masak. Dulu2 kalau saya malas masak, dia yang akan selalu hantar lauk kat saya - siap ngan sayur lagi - bawa satu talam. Bila dia pindah KL memang rasa sunyi.

Gambar terkini

Dah besar pun anak2 kami - dah 6 tahun pun. Adik nampak tinggi & besar dari Faiz. Menurut kata Za - Faiz pun bukan main liat nak pergi sekolah - perangai sama betul ngan adik - mungkin bersalin pada bulan yang sama & tempat yang sama, perangai auta pun lebih kurang sama he..he..

Za dalam perjalanan balik ke KL - singgah sekejap di rumah saya. Ini pertama kali dia datang ke rumah di Kemaman ni. Hampir 5 tahun tak jumpa dia. Tak sempat nak sembang panjang pasal dia nak balik ke KL - malam ni anak tution. Harap dapat lagi berjumpa di lain masa.

Baru2 ni baru saya dapat tahu suami Za, Wak Dol (nama glamer he..he..) adalah rakan sekolah Abang Man iaitu abang suami. Tak sangka betul. Yang boleh saya tahu - saya tengok gambar dalam album facebook Za - ada gambar Kak Faizah & anak2 nya di rumah Za di KL - saya tanya Za macamana boleh kenal, Za kata Wak Dol & Abang Man satu sekolah dulu - dulu2 masa Abang Man datang rumah masa di Rantau Bukit, Kerteh tak pernah pulak terjumpa Wak Dol padahal jiran sebelah rumah aje.

No comments: