Thursday, July 15, 2010

Feminin - Untukmu



Pagi ni rasa nak imbas balik waktu muda2 dulu...(rasa macam tua sangat la pulak). Saya merupakan antara peminat Feminin waktu itu tetapi seperti biasalah, minat macamanapun tak pernah pun beli kaset - cuma minat gitu2 aje. Saya terikut2 fesyen baju mereka waktu tu - gaun labuh & rambut pendek. Saya masih ingat siap tempah baju macam Feminin he..he. rasanya waktu tu umur saya dalam awal 20 an.

As penyanyi utama sebaya ngan saya - tengok dulu betapa kecil & kurusnya si As tu tetapi sekarang he..he.. samalah macam saya jugak. Masa tengok dia dalam program Sehati Berdansa tu memang terkejut dengan perubahan bentuk badan dia. Jadi kesimpulannya kaum perempuan ni bila dah kawin & ada anak, susah nak maintain badan. Tak la semua tetapi perempuan yang bertuah saja kot macam si Lyn tu, makan banyak mana pun badan tetap slim, jeles betul.

p/s - antara tujuan utama n3 nie - nak sedapkan hati tuan punya blog yang dalam gundah gelana kerana tak dapat2 lagi nak start diet he..he..he...

No comments: