Sunday, July 25, 2010

expo

Hari Ahad seperti biasa anak2 sekolah, suami cuti. Lepas hantar anak2 ke sekolah saya & suami pergi pasar. Walaupun saya tak ada hati nak masak (dalam erti kata lain - MALAS he3), tetapi demi suami & anak2, kena la paksa rajinkan badan & otak. Saya beli ketam sekilo, ikan parang seekor & ikan kembung setengah kilo. Bila tengok banyak ikan tu rasa semua nak beli - beriya2 la sangat konon-kononnya rajin nak memasak. Bila tengok saya yang ala2 rajin tu yang nak beli macam2 ikan, suami tegur lembut aje "sayang nak masak ke semua ni? - sayang bukan nak masak pun", he..he.. iyalah tu, memang ngaku pun. Ikan parang tu saya tengok terus beli, sebenarnya tak tahu nak masak apa & yang best tu tak tahu nak masak BILA. Ikan kembung tu suami yang beli - dia beli setengah kilo aje pasal tahu saya memang malas nak masak. Ketam tu memang saya akan masak pasal itu favourite saya. Saya suka masak maggie letak ketam, sedap!! Terikut2 ngan drama Korea - makan maggie ngan ketam.

Tengahari tadi saya ada facial - sepatutnya dah habis pun pakej yang saya ambil tetapi saya sambung sampai raya. Tak macam haritu seminggu sekali, kali ini dua minggu @ sebulan sekali aje. Masa nak balik tu hujan lebat - terpaksa tunggu kat kedai tu dalam 15 minit pasal takut nak drive. Suami ambil Awatif dalam keadaan hujan lebat. Masa saya balik dari facial tengok habis Awatif taburkan buku2 sekolah kat bilik dia, saya tanya kenapa - dia kata nak jemur pasal basah tadi kena hujan. Kesian anak umi !!!

Petang tu ajak suami pergi funfair - bila sampai situ, tak ada funfair, yang ada cuma expo (sempena Minggu Kebudayaan kalau x silap). Memandangkan baru lepas hujan lebat - tak banyak kedai yang buka. Saya cuma beli kerepek2 aje. Kejap aje kat sana terus balik. Sebelum tu sempat lagi singgah A&W beli burger ikan yang baru tu - sedap!!...


tempat ni tutup pasal dalam spiderman tu penuh ngan air - pekerja2 tengah sibuk buang air masa kami sampai tu, kesian anak2, dapat snap gambar depan spiderman pun jadi lah....


hujan baru stop - jadi tak ramai orang sangat


tengah memilih brooch kat Awatif - 8 biji rm10


seperti biasa tak sah kalau dalam kereta tak snap gambar sendiri he..he.

No comments: