Tuesday, July 20, 2010

durian oh durian















Hari ini anak2 cuti - Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Yey!! boleh la bangun lambat sikit. Saya suka sangat2 kalau anak2 cuti - bermaharajalela saya duduk kat rumah. Tetapi itu kalau anak2 tak buat perangai, kalau anak2 buat perangai, mahunya bertukar jadi raksasa.

Hari ini saya tak masak, gulai yang Mak Jang masak masih banyak & semalam saya masak laksa. Saya & anak2 makan laksa aje hari ini.

Hari ini sempat call Uda. Lama tak bergosip ngan Uda. Lapang dada bila bercerita (he..he..gosip yg lebih) ngan Uda. He..he..Ibu suruh cal tanya Uda jadi tak nak pergi KL minggu depan. Mak nak balik kampung. Dah boring duduk KL lama2, ibu pulak nak balik awal kemas rumah sebelum puasa.

Malam saya terasa nak makan durian & pulut. Keluar pergi cari kat tempat yang haritu beli ngan Abang Li & kakak. Saya suka durian kampung kat situ pasal rasanya kurang manis & tak rasa lemak sangat. Saya beli 2 biji durian kampung & 2 biji durian kawin. Semuanya rm29.00. Saya tambah beli manggis sekilo & dukong setengah kilo. Nak beli banyak2 bahaya, takut anak2 makan banyak jadi lelah pulak nanti. Nak beli buah mata kucing tapi takut nanti Awatif teringin. Last beli haritu Awatif makan terus kena lelah. Rambutan pun saya tak pernah beli dah - last beli masa rasanya 3-4 tahun lepas. Lepas Aisy kena teruk lepas makan rambutan, saya tak beli dah. Kalau teringin pun, setakat telan air liur aje la. He3..

Tengok la aksi2 saya kopek durian. Suami tak makan durian (sebenarnya bau durian pun dia tak tahan), jadi saya pun gagahkan juga cuba2 kopek. Bukan tak boleh nak minta tolong kat suami tapi masa tu dia dok sibuk basuh baju. Bagi menunjukkan saya ni sorang isteri yang berdikari maka saya pun buat la sendiri. Jangan tak percaya, 4 biji tu semua saya yang kopek sendiri. Awatif boleh jadi saksinya. Tapi yang sebenarnya orang kedai tu dah belahkan siap2 durian tu, saya cuma kopekkan saja..he..he..

Durian tu saya simpan untuk makan ngan pulut esok. Nak masak pulut malam ni tapi kelapa parut tak ada pulak. Saya ngan Awatif aje yang makan durian tu, suami & adik nak dekat pun tak nak. Adik dok bising rumah busuk bau durian. Memang sebijik ikut suami. He..he..

p/s :- tadi adik cakap dia rindu sangat kat Robin, pastu dia tanya saya "umi rindu tak kat Robin?" saya terus jawab " UMI TAK RINDU LANGSUNG" ngeh3..Geram saya kat dia tak habis lagi nie, kali ni dia datang habis dipunggahnya barang2. Bukan setakat mainan tetapi macam2 benda termasukla tali pusat Aisy yang saya simpan dalam almari baju. Minggu depan umi su pergi KL "SIAP" la dia...

No comments: