Thursday, July 1, 2010

cerita hari sukan



Baru balik dari sukan sekolah adik - rasa letih & ngantuk sangat. Bangun awal pagi tadi - buat sandwich telur. Nasib baik malam semalam dah buat cupcakes - kalau cupcakes pun nak buat pagi ni - memang kelam kabut la jawapnya.

Macam2 makanan parents bawa - iyalah, nama pun dah potluck kan? Ada bihun goreng (banyak tuan), mee goreng, satay, spageti, cupcakes (selain saya), kuih muih & macam2 lagi la. Pihak sekolah sediakan KFC untuk budak2. Alhamdulilah, cupcakes saya abis tapi sandwich tak abis. Bagi kat kawan saya sikit - lebihnya saya bawa balik - jadikan lunch untuk saya & adik. Nak masak dah x larat dah - berjam2 berdiri tadi.

Sukan ni di buat di pantai - Teluk Pantai Mak Nik. Sepatutnya start pukul 8.30pagi tetapi memandangkan ramai yang datang lambat (saya rasa tak adil bagi parents & budak2 yang datang lebih awal) maka hampir pukul 9.20pagi baru bermula. Yang datang sebelum pukul 8.30pg seperti saya nie jenuh menunggu - belum start sukan dah berpeluh-peluh. Masa konsert last year pun macam tu jugak. Lambat sejam lebih dari yang dijanjikan.

Setiap student kena ambil bahagian 2 kali - untuk adik yang 6 tahun ada 2 game - pertama, senduk bola pingpong dalam sudu & kemudian letak satu bungkusan (isi kacang ke apa ntah) letak atas kepala - untuk balancekan badan - jalan satu pusingan kemudian patah balik - satu group 5 orang - group adik menang.

Kedua - span masukkan dalam besen air - lari ke depan, kemudian picitkan span keluarkan air - masukkan dalam botol. Botol group mana yang lebih penuh akan menang. Sama seperti game pertama - satu group 5 orang - group adik juga yang menang. Yahoo..yahoo..

Ada games untuk parents - adik dok tarik2 tangan saya suruh join - saya malas nak join - kena tiup belon pastu kena pecahkan - he..he..malas lah....sebenarnya tak la malas sangat tetapi I malu lah..he..he..

Jumpa officemate abang - Hasra - dia masih bercuti pantang anak ke 4. Sembang2 ngan dia - anak dia 4 - semua boy. Anak dia sekelas ngan adik - dah pandai baca & mengira.

Sampai rumah nak dekat pukul 12 tengahari - sebelum saya lelapkan mata kejap - update blog dulu - nanti bila dah petang mesti dah rasa malas. Kaki & tangan saya lenguh sangat (macam la umi yang bersukan) - berdiri lama tadi (padahal bawa tikar tadi - duduk time makan aje - kalau duduk, macamana nak amik video & gambar adik). Kenapa la sekolah smart readers ni buat sukan hari Khamis - kenapa tak buat hari Jumaat (sekurang-kurangnya ada jugak Awatif yang oleh tolong kalau ada apa2) atau hari Sabtu.

No comments: