Friday, July 23, 2010

cerita boring


first time makan kat restoran ni - kat sempadan Kuantan, lepas sikit dari pintu gerbang je - sedap & boleh datang lagi - harga pun tak mahal sangat


ikan siakap 3 rasa tu permintaan anak dara sorang tu - satu pinggan nasi habis dia makan, Alhamdulilah - Umi & Walid pun tumpang sekaki gak tapi yang tak best tu tengah makan boleh suami tegur "sayang kata nak diet" - aiseyman!! tapi makan tetap makan he..he..


bukan main susah nak snapkan gambar budak nie - tengah menyorok tak bagi umi snapkan gambar dia - mengada sungguh - gambar saya & Awatif tak ada kerana :-
1) Awatif pun macam adik gak, no camera, please!! nyampah umi...
2) Malas nak snapkan gambar saya pasal hari ini tak ada mood nak berhias, keluar tadi baru lepas bangun tidur ngan tak basuh muka & pakai bedak.

Hari ini & semalam rasa betul2 tak ada mood - boring giler...Layan perasaan dengar lagu2 Hindustan.

Hari ini anak2 cuti - bangun lambat sikit, tak boleh nak tidur lama2, anak2 bising LAPAR, LAPAR, padahal dah goreng karipap & dah makan biskut. Tengahari tu masak sotong, bagi anak2 makan nasi, duduk dalam bilik tengok tv sampai petang. Ajak anak2 lepak dalam bilik, depa tak mahu. Kejap2 main sama2, elok aje dengar depa dok gelak, kejap2 depa gaduh, dengar la mula2 si adik nangis, pastu si kakak pulak. Pujuk Awatif tidur pasal dia dok kata dia pening kepala, dia tak mahu - adik pun tak mahu tidur - dok sibuk ngan playhouse disney channel. Last2 saya jugak yang terlena sorang2.

Petang bila suami balik, Awatif ajak keluar makan nasi goreng & ikan siakap. Lepas maghrib baru keluar. Boring dah asyik2 makan kedai yang sama, ajak suami pergi cuba kat kedai lain. Kat Kemaman ni berlambak2 kedai makan.

p/s : esok nak pergi Kuantan, suami ajak tengok2 rumah, pastu saya nak ajak suami tengok twilight, kalau kat KL tak sempat nak tengok pasal banyak benda nak kena buat - terpaksa la bawak anak2 sekali tengok movie tu esok.

No comments: