Sunday, July 25, 2010

buah


Lepas balik dari expo tadi singgah beli buah - sepanjang jalan kat Market penuh ngan warung buah - sekarang ni musim durian, duku & mata kucing. Bekalan buah kat rumah dah habis, lagipun esok ingat nak diet, tak nak makan nasi, nak makan buah aje, boleh percaya ke? he..he..


Suami ambil gambar dari belakang - boleh nampak betapa bulatnya saya dari belakang he..he.. Masa ni dok sibuk pilih buah pelam. Adik nak.


Inilah buah-buahan yang saya beli, buah duku, manggis, pelam, anggur & jambu. Suami kata buah yang saya suka tu tak ada khasiat he..he.. Saya tak suka makan buah apple, buah pear & lai pun tak berapa suka sangat. Yang mana saya beli tu yang paling saya suka. Anak2 pun sama.

Buah durian yang saya beli hari tu pun tak habis lagi. Hanya saya & Awatif aje yang makan, itu yang lambat habis tu. Kalau kat KL - durian 4 biji tu sekali hadap aje la. 2-3 hari lepas jiran depan rumah bagi buah rambutan, satu plastik penuh. Saya suka tetapi bila makan sorang2 tu, rasa tak best nak makan. Anak2 memang tak di benarkan langsung makan terutamanya si adik tu. Suami pun tak makan sangat. Hari ini masih banyak lagi dalam plastik tu - suami kata nak bawa pergi ofis esok, saya memang tak kisah pasal tak makan pun. Dari biar busuk macam tu aje, baik bagi orang lain makan.

No comments: