Tuesday, July 6, 2010

bilik adik

ASALNYA



SEBELUM


kelam kabut masa ni bila lori datang nak hantar almari baju adik yang baru & nak ambil almari yang nak dibuang. Janji lepas pukul 5, alih2 tengahari dah sampai, jenuh saya sorang2 punggah & keluarkan barang2 dalam almari yang nak di buang. Time tu memang stress giler - tambah2 tengok bilik adik dah macam tongkang pecah. Sebelum mula ngemas saya mengelamun jap - ingat balik time tu rasa "penat" sangat. Masa suami balik dah 90% siap - yang 10% selebihnya tu kerja dia (panjat tangga simpan barang2 dalam wardrobe bilik tetamu)

SELEPAS



Syukur, Alhamdulilah, dah selesai pun kerja saya - lepas ni adik dah tak payah nak komplen lagi kat Umi - ada ruang luas untuk adik main bola ...
_______________________________________________

Kerja saya sepanjang hari ini (sampai x sempat call ibu & x makan) :-
1)3 almari dari bilik adik di buang (almari baju yg lama, almari letak mainan {asalnya almari tv}, almari dapur {ala2 store - isi barang2} )
a) memunggah barang2 dalam almari
b) memilih yang mana masih akan di gunakan
c) membuang yang mana yang dirasakan "sampah"
d) menderma pada yang memerlukan
2) lepas memunggah barang, susun pulak barang2 di tempat yang sesuai
3)perah otak memikirkan kat mana nak letak barang2 (tempat dah penuh)

Hasilnya tengok la gambar yang selepas tu...Badan saya lenguh2, bersin tak berhenti2(siap tisu sekotak), memang "sakit" tapi kalau saya tak buat sapa lagikan???

Asalnya bilik adik dah macam store, macam2 barang letak dalam bilik dia, dah banyak kali dia merungut. Saya dah abis fikir macamana nak buat dengan bilik dia. Sehari dua ni baru saya dapat idea "membuangkan" almari yang yang ada dalam bilik dia tu. Memang payah sikit pada mulanya pasal tak tahu mana nak letak barang2 yang ada dalam almari tu - tapi saya usahakan jugak. Yang mana rasa tak penting, saya buangkan & yang mana tak dipakai derma pada sapa2.

Hasilnya agak mengagumkan (perasan sikit he..he..) sampai adik & suami pun terkejut. Dapat pujian tak? huhu...TAK ADA....

p/s : meja study yang caler hijau tu baru beli kat kampung (Kedai Ah Leng kat 300 kaki) masa balik bulan 6 aritu - baru 2 hari lepas suami pasangkan dengan susah payahnya - saya yang tolong sikit2 pun berpeluh-peluh, tambah la suami - memang susah sikit nak pasang - banyak jenis skru ada - saja beli meja study ni untuk naikkan semangat adik untuk belajar - harganya rm120-00.

No comments: