Sunday, July 11, 2010

baju batik


Dari atas kiri yg warna biru & oren - harga rm780 - kalau tawar pun mungkin boleh dapat dalam rm600. Ada yang berkenan x?


Pilih jangan x pilih - macam2 caler & corak ada - cantik2


Ni baju baru datang - satin batik - lupak pulak nak tanya harga berapa, tapi selalunya kalau macam ni dalam rm280-rm350. Macam2 caler ada - baru sampai, cantik2, Cikgu Farah kita tak berkenan ke?


Ini kain batik 1Malaysia - bunga nampak timbul - masa saya datang sebelum cuti sekolah tu, banyak corak bunga2 kecil tapi tadi pergi banyak bunga2 besar aje


Kain batik 1Malaysia jugak - paling murah rm250 - macam2 caler & bunga ada - saya prefer bunga kecil, baru tak nampak badan besar he..he.
____________________________________________________________

Hari ini sepatutnya pergi Kerteh - nak jumpa jiran lama - tetapi last minit kawan yang nak temankan saya tak boleh nak pergi - nak pergi sorang suami tak bagi - bahaya dia kata drive sorang2 ke Kerteh tu - sebelum nak keluar rumah ambil adik, tiba2 suami kata nak bawa saya pergi Kerteh - bukan tak nak dia ikut sekali tetapi kalau dia ikut susah saya nak sembang ngan kawan - kalau saya nak dia ikut dari tadi saya dah ajak.

Akhirnya tak jadi jugak saya pergi Kerteh - kawan yang saya nak jumpa tu ada hal keluarga - terpaksa balik rumah mak dia - esok petang sebelum balik KL dia kata nak singgah umah - jadi saya pun ajak la suami pergi The Store - dah siap2 elok2 kan? Saja pergi cuci2 mata tengok baju batik - tak berapa cantik pulak kali ini - haritu sebelum cuti sekolah banyak yang cantik2 - mungkin orang dah banyak beli masa cuti sekolah haritu. Harganya ada yang mencecah rm780.00. Mahalkan? Sanggup tak spend kan duit sebanyak untuk untuk sepasang baju? Kalau tanya saya - TIDAK la - tunggu suami jadi Dato' ke, Tan Sri ke, baru boleh beli kot..he..he..

Sementara tu layan aje la gambar2 baju2 tu ya - cuci2 mata, kalau ada yang berkenan boleh la datang sini. Bidadarindu lama tak datang sini, Cinta belum lagi datang umah Umi Su kan?

2 comments:

Kazrina said...

Cantiknya Fizin, geram ina tgk. Tp ina ni malas nak iron, sbb tu tak suka beli batik ni. Beli mahal2, last2 ina simpan je dlm almari.

sayang said...

mmg cantik2 ina - fizin pun malas nak iron tatapi kalau nak cantik punya pasal kadang2 tu rajin la jugak he..he..