Tuesday, July 13, 2010

Awatif lelah


sakit2 pun, saya paksa jugak berposing - ni kat depan sekolah adik.


dah gian nak bergambar, nak buat macamana kan? muka letih tu, semalam tidur 2 jam aje.

Pagi ni langsung tak ada masa nak on komputer. Pukul 4 pagi tadi Awatif kena lelah, dalam pukul 3 pagi macam tu dah dengar dia batuk2, dari cara dia batuk saya dah agak, dalam hati "nanti mesti dia penat". Time tu saya tak tidur lagi, tak boleh nak tidur padahal siang tadi terlelap dalam setengah jam aje. Dalam pada saya dok sibuk tukar template blog nie, saya dok dengar dia batuk2, mula tu 2-3 kali aje pastu makin lama makin teruk. Dah boleh dengar dia nafas macam tersekat. Saya terus bangunkan dia, pam (inhaler), bagi makan ubat (ubat lelah sentiasa ada stok kat rumah), sapukan minyak panas kat dada & belakang dia pastu suruh dia tidur pakai 2 bantal. Lepas 15 minit batuk dia dah hilang tetapi nafas dia masih tersekat2. Ajak suami pergi klinik tetapi Awatif kata dia dah ok, cuma ngantuk aje. Suami kata biar dia tidur dulu, kalau Awatif rasa tak ok juga pukul 6 pagi baru pergi klinik. Alhamdulilah, dia tidur sampai pukul 7 lebih. itupun terpaksa kejutkan dia kerana nak hantar adik pergi sekolah.

Keadaan dia pagi tadi ok tapi still nafas tersekat2, lepas hantar adik pergi sekolah terus pergi klinik. Tak sangka ramai pulak orang - terpaksa tunggu hampir 2 jam untuk jumpa doktor. Dah la ramai orang, reception pulak lupak nak register nama dia. Kad ING dia reception tu tak masukkan dalam list. Orang yang kemudian datang masuk jumpa doktor dulu, yang saya & Awatif dok heran la kenapa pulak orang2 tu masuk dulu. Tak puas hati saya tanya la kenapa saya tak masuk2 jumpa doktor lagi, dah sejam setengah dah dok tunggu - bila tanya baru perasan nama Awatif tak ada dalam list. Geram betul.

Jumpa doktor tu kejap sangat, tak sampai 10 minit pun. Ada bunyi sikit kat dada Awatif, demam sikit, tonsil bengkak & merah & selsema. Tak payah buat nebulizer pasal dah ada inhaler. Doktor suruh teruskan pakai inhaler aje, kalau dia masih susah nak bernafas malam ni doktor suruh datang buat nebulizer.

Esok Awatif ada story telling kat sekolah, tak tahu la esok boleh pergi sekolah ke tak. Sepanjang minggu ni dia dok sibuk hafal - kalau keadaan dia ok malam ni boleh la bagi dia pergi sekolah esok, tapi kalau tak, tak boleh la. Bukan apa, dia tu pun tak kuat sangat, kalau lasak2 sangat nanti makin teruk pulak.

Saya dah tahu pasal apa yang jem sangat semalam - seperti yang diduga, ada accident yang melibatkan 7 buah kereta. Yang mana duduk kat area Geliga, tak pergi sekolah semalam. Sama kes macam saya, patah balik. Nasib baik saya tak tunggu, kalau tak jenuh nak tunggu berjam2.

No comments: