Monday, July 19, 2010

aktiviti makan part 2












Dalam pukul 5.30petang hari yang sama, kami pergi pulak makan di Restoran Terapung di area Kemaman ni la jugak.Dah lama saya nak bawa kakak datang makan sini tetapi asyik tak jadi aje kerana selalu tak ada masa. Hari ini baru ada peluang kerana esok baru kakak nak balik. Yang saya nak bawa sangat makan kat tempat ini ialah Mustaqim. Mustaqim tak ikut kali ni pasal tak muat kereta. Dia sekarang ada di rumah Maksu.

Makan yang istimewa kat sini Chicken Chop. Tak ada lah sedap sangat cuma tempat dia lah yang lain sikit. Anak2 suka sangat2 - sambil makan tengok ikan, anak ketam kat dalam sungai. Kali ni makan tak berapa nak enjoy sangat pasal dok tengok anak2 yang dok tak diam. Takut depa jatuh dalam sungai.

Asalnya kami order cili crab tapi crabnya tak sampai lagi jadi kami tukar ikan siakap. Menyesal pulak ambil ikan siakap pasal tak sedap & besar pulak ikan tu. Kiranya tak habis la kami makan. Anak2 makan fish & chip, suami makan chicken chop. Saya, kakak & Abang Li makan nasi goreng.

Lepas makan terus balik rumah. Lepas maghrib keluar lagi. Kakak nak beli kasut crocs macam Awatif & Aisy kat Balqish & Robin. Abang Li kata kat KL berlambak tetapi masalahnya kalau kat KL, jarang benar kakak bawa anak2 dia keluar.

Mak masih tak ada selera nak makan - malam ni mak tak makan apa2 pun. Cuma minum air teh sahaja.

2 comments:

rositahmdzain said...

laa..mak x sihat ke? penat jln jauh kot. susah ati la kalo mak demam. Td ayg kata kakak pun x sihat kan? Tp tgk aktiviti mkn cam sihat wal'afiat je. Dah berazam kuat ek dua-dua bradik nak stat diet esok..baguslah mesti suami masing2 sronok kan? Apa kata ajk suami2 pun diet sama. Nanti raya kita tgk isteri2 cam erra fazira n suami2 cam fahrin ahmad..kelas gitu. Amacam bidadarindu? Setuju x? Jgn gelak dah sbb perut baru jahit..hik2

sayang said...

uda - seperti yg kita gosipkan tadi he3, mak macam tu la. Tak boleh nak paksa sangat mak makan, nanti kena jerkah..he..he..

hari ini sayang x start lagi diet, makan laksa 4-5 mangkuk dah. kakak tak tahu la dia dah start ke belum. he..he..

Lan tak boleh nak diet Uda, nanti dia sakit perut. X pa, x diet pun dia dah macam Fahrin Ahmad ngeh3..