Sunday, July 18, 2010

aktiviti makan part 1







Lepas ambil Awatif balik sekolah, terus pergi makan satar & otak2. Pergi kedai baru yang disyorkan oleh Nyah - Aziz Satar, sedap. Beza dengan kedai yang selalu kami pergi. Lain kali boleh datang lagi. Selain jual satar, otak2 & pulut panggang Terengganu, ada juga nasi putih lauk masakan kampung & malam pulak ada ikan bakar. Sebelum balik sempat bisik ngan abang "bila2 kita try ikan bakar ya" - abang seperti biasa DIAM aje..he..he..tapi saya amat pasti dia tak akan sampai hati nak cakap TIDAK & seterusnya tak akan hampakan keinginan isteri nan satu nie..he3.

Memandangkan mak demam, ibu & mak Jang tak mahu ikut pergi makan. Ibu nak temankan mak di rumah. Beli bungkus aje bawa balik. Mak tak ada selera makan. Kalau mak sihat, semua tempat kami nak bawa mak pergi. Mulanya nak pergi Kuala Terengganu & Kuantan, tetapi dah mak tak sihat, duduk rumah aje. Mak banyak duduk dalam bilik aje. Kesian mak...






Lepas makan singgah jap Kuala Kemaman, beli ikan segar. Cantik pemandangan - tepi laut. Anak2 suka sangat. Cik Minah dari KL bertukar jadi Muslimah he..he..nak pakai tudung jugak. Nak main kat luar rumah pun pakai tudung - nak tutup aurat macam Awatif jugak. Awatif pulak bila di KL jadi minah KL, habis terbang tudung. Tak kisah la budak2 lagi.

Nampaknya plan kami 2 beradik nak diet tak menjadi lagi, tapi kami nekad dah, nak start diet mulai esok. Jangan terkejut bila balik raya nanti badan kami slim macam Erra Fazira..ngeh3...

2 comments:

bidadarindu said...

Iyo la tu minah oiiii....he he...

sayang said...

iyalah mamat oiiii...