Tuesday, July 6, 2010

baby baru???


Aisy masa kecil - Dr Asraf (husband Dato' Dr Jemilah, nama Dr tu x berapa nak sure he..he..) menjadi Doktor O&G saya semasa bersalinkan Aisy - Dato' Dr Jemilah sibuk ngan Mercy masa tu.


Bersama Dato' Dr Jemilah (Pakar O&G Ampang Putri) - bergambar masa buat medical check up lepas sebulan bersalinkan Awatif.

Sebelum ni cakap pasal baby aje - saya cepat2 cakap "cukup la 2", langsung tak ada keinginan untuk menambah bilangan anak. Bukan saya tak nak baby baru pasal :-
1) takut gemuk
2) takut tidur x cukup
3) malas
4) ekonomi / kewangan

TETAPI saya takut - eh! bukan PALING TAKUT :-
1) masuk bilik bedah
6 kali saya kena operate, rasa macam dah taubat nak masuk bilik bedah tu.
2) saya alah ngan mana2 pain killer, jadi kalau lepas operate, mesti sakit, kalau x leh nak makan pain killer macamana saya nak bertahan??? macamana nie? baru fikir aje, dah rasa "dup dap dup dap" .
Saya masih boleh ingat:-
1) betapa sejuknya dalam bilik bedah tu
2) bau ubat2 & segala macam
3) yang x leh tahan tu waktu kita nak "pengsan" - Pakar bius suruh kira 1 hingga 10, saya sempat kira 1,2,3,4 .....pastu x sedar dah (tang ni yang rasa ketaq sangat2)
4) betapa sakitnya cucuk drip kat tangan tu (last saya operate kena 6 kali cucuk baru kena pasal sejuk sangat dalam bilik tu, abis urat2 darah saya kecut)
5) saya juga takut bila tengok lampu besar kat atas kepala.
6) APA YANG ADA DALAM BILIK BEDAH SEMUA SAYA TAKUT...

Alasan yang tak berapa takut :-
1) alahan yang teruk ( x tahan kena masuk wad)
2) serangan asma yang teruk
3) badan yang macam tong bila pregnant
4) kena cucuk / ambil darah
itulah antara alasan2 saya tak nak pregnant dah. Bagi saya cukup la 2 orang - sepasang pulak tu, ALhamdulilah.

Tapi sejak akhir2 nie - saya & suami mula mempertimbangkan idea nak baby baru ni. Tak tahu macamana idea ni muncul tetapi saya memang mula terbayang2 baby, bila tengok baju baby, tersenyum sorang2. Dari dulu saya memang suka baby - dari saya kecil lagi.

Baru2 ni saya terjumpa blog Dr Faryn - dia Dr O&G - banyak info saya dapat bila baca blog dia. Tetapi apa yang saya takut bila baca 'selalunya patient yang sebelum ni ada buat csect - dalam abdomen ada lekat2 - tapi tak semua sama - ikut pada patient itu sendiri '

Saya mula dah ketaq & sejuk kaki tangan bila baca blog tu - idea pasal baby baru ni, lama2 jadi macam bayangan aje - he..he..

Saya kena jumpa Pakar O&G sebelum nak decide apa2 - untuk tanya pendapat & cadangan, maklumla umur pun bukannya muda lagi, tapi yang best tu, suami dah janji nak sediakan maid kalau ada baby baru nanti. Apa2 pun - kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

No comments: