Wednesday, June 30, 2010

Reunion SKSKI (part 1)




Reunion SKSKI telah di adakan pada 13hb June hari Ahad pada pukul 3 ptg hingga 7 ptg di Anisani Village Resort.

Reunion ini telah dirancang dari awal tahun lagi - terima kasih pada fb yang telah menemukan kami.. Ada di antara mereka yang tidak saya ketemu selama 23 tahun. Lama kan? Masa mula2 berjumpa, terasa sebak - tetapi tahan sahaja kerana tak mahu merosakkan majlis. Saya memang agak emosi sikit sejak2 dah melangkah ke era 30an nie. Bayangkan - tak pasal2 air mata boleh mengalir - sebabnya - tengok Awatif berjalan balik dari sekolah - rasa macam tak percaya dia dah besar. Kalau tengok cerita sedih & baca cerita sedih - memang dah merambu air mata.

Berbalik pada reunion ni - saya memang rasa sangat gembira dapat berjumpa kawan2 lama - kawan sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6. Yang dapat hadir pada hari itu Kazrina, Siti Suhaida, Zapida, Norhaslina, Asmah, Laila Sanirah, Zainab & Juismawati. Lelaki pulak Fakarul, Mat Zaki, Suhardi & Sabri Din. Memang kami amat santai pada hari tu - rasa macam usia kami 12 tahun.

Tak banyak yang saya ingat kenangan2 sekolah rendah - tetapi yang pasti ada 3 peristiwa yang masih saya ingat hingga sekarang :-
1) Saya memenangi temapat pertama dalam Pertandingan Pakaian Beragam - masa tu saya darjah 1, asalnya baju kawin ibu - mak telah "modified" baju tu untuk saya.
2) Memenangi tempat pertama & kedua dalam pertandingan memasak untuk pakaian beruniform Pengakap
3) Menjadi Permaisuri dalam perhimpunan pengakap antara sekolah untuk wilayah bahagian Utara (saya x ingat sekolah mana yang jadi tuan rumah) - masa tu darjah 6

Selain tu saya juga ingat saya memang selalu sakit aje masa di sekolah rendah.

Antara kawan yang masih berhubungan dari dulu sampai la sekarang ialah Kazrina. Dari kami remaja, anak dara hingga la berkawin dan ada anak. Dari berutus surat, beremail & kini facebook & blog. Masa kami remaja - masa remaja - isi surat2 kami banyak berkisar pada khayalan he..he.. - saya masih ingat waktu tu saya fanatik sangat dengan Yusry KRU, Ina pulak Edry KRU (kalau x salah saya). Kami banyak merapu pasal lelaki2 pujaan nie. Lepas tu Ina dapat masuk UKM - saya pulak dah bekerja di KL. Kami terus berhubung - on & off - lepas tu saya berkahwin, Ina datang ke majlis perkahwinan saya. Kemudian Ina pulak berkawin - saya pulak pergi ke majlis perkawinan dia. Masa tu saya tengah "mabuk" ngandungkan Adik. Tetapi demi sahabat baik - gagah juga pergi. Lepas ada anak - kami terus berhubung tetapi lebih canggih - menggunakan email. Kali ni cerita kami banyak berkisarkan anak2, kisah rumahtangga & suami. Sekarang masih terus berhubung - walaupun jauh tetapi terasa dekat di hati.

Juismawati merupakan antara kawan baik saya di sekolah rendah - bila dah besar - masing2 membawa haluan sendiri. Tak tahu kenapa, tiba2 persahabatan kami jadi sepi. Saya hadir perkahwinan dia malah masa dia bersalin anak pertama & kedua saya pergi melawatnya.

Laila Sanirah, Asmah, Siti Suhaida, Zainab, Zapida & Norhaslina - 23 tahun tak pernah berjumpa, Bila sesekali saya balik kampung beraya & bercuti - selalu doa agar berjumpa dengan kawan2 lama - tetapi tak pernah sekali pun berjumpa. Kalau pergi pasar malam hari Selasa tu - mesti toleh2 kiri kanan kot2 ada yang saya kenal - tetapi tak ada jugak. Memang tak ada jodoh nak berjumpa - facebook la yang menemukan kami (sebenarnya Allah yang tentukan) - masing2 dah lain - berubah menjadi wanita yang cantik semuanya. Kazrina - dari dulu memang cantik, tambah2 sekarang lagi la cantik, Zapida - berubah habis - cantik sangat, Siti Suhaida - cantik & manis macam dulu, Asmah, Zainab & Norhaslina - cantik & ayu, Juismawati, cantik & putih melepak macam dulu. Yang ketara perubahan masing2 - ceng..ceng.. bentuk badan la - dulu semua kurus2 - bila dah jadi mak orang nie - mesti lah dah berisi sikit. Macam saya la - dulu slim - sekarang - dah slom ha..ha....

Saya dulu memang pendiam - sekarang pun pendiam jugak tetapi dah berubah sikit - sejak jadi anak perantau ni selama 10 tahun. Kalau diam aje macamana nak dapat kawan. Tapi tak la mulut riuh sangat cuma ayat wajib saya kalau jumpa kawan baru "rumah kat mana", "anak berapa orang" - "jemput la datang rumah" - itulah ayat2 wajib saya - selain tu tak ada dah. Husband pun pendiam jugak - awal2 tahun perkahwinan kami banyak diam aje - percaya x? kena percaya pasal itulah hakikatnya. Sekarang nie dah banyak berubah - dalam diam dia dah pandai :-
1) berleter ngan saya
2) menjawab (balas balik la kalau saya cakap apa2)
3) dah pandai mengadu kat ibu
he..he...

p/s - gambar x clear sangat - nanti saya cuba upload gmbr yang pakai video. Ada banyak cerita lagi pasal reunion nie - nanti sambung balik.

No comments: