Monday, June 21, 2010

mood KL




Sepatutnya kami sekeluarga balik hari Sabtu - saya pun dah siap2 packing baju & barang2 - tapi tiba2 saya rasa malas sangat nak balik. Awatif pulak merengek tak mahu pergi sekolah hari Ahad kerana tak hafal lagi doa Qunut - adik pulak memang dah "nyanyi' tak mahu balik hari Sabtu tu. Saya pun pujuk la suami supaya balik hari Ahad. Memang saya rasa tak ada mood nak balik hari tu - tambahan apa yang saya nak makan tak tertunai lagi (padahal dah makan mcm2). Dari kampung lagi saya teringin nak makan pulut dengan durian tetapi ibu kata makan aje kat KL - tapi bila sampai kat KL - terlalu padat dengan aktiviti lain - tak ada masa nak cari durian. Hari Sabtu tengahari tu bila suami & Abang Eky pergi cari durian - tak ada pulak. Malam tu bila saya dah berjaya pujuk suami - suami & Abang Lee pergi cari durian. Memandangkan sekarang bukan musim durian jadi dengan rm100 (share 4 org) dapat tak sampai 10 biji. Sedap & manis pulak isinya. Makan pulak dengan pulut - memang makan tak ingat diet dah.

Selain tu, saya teringin jugak nak makan lopes. Malam tu ibu buatkan sambil saya & Mak Teh tolong. Mak Uda anak beranak keluar beli cendol. Kiranya berbaloi jugak saya tak jadi balik pada hari Sabtu tu.

Pagi Ahad tu saya, Suami, Adik, Kakak, Abang Lee, Ibu, Mak dan Long pergi breakfast kat NZ Restaurant. Saya order capati, suami order puree, yang lain2 order tosei. Long pulak ambil nasi dengan kari telur ikan. Bila tengok nasi Long tu saya & Kakak rasa teringin pulak tambah2 tengok telur ikan tu. he..he..Menggoda habis. Jadi kami pun ambil la nasi setengah, saya mabil kari telur ikan & isi ikan, Kakak pulak ambil telur ikan & udang. Capati pun saya habis, nasi pun saya bedal (tapi share ngan suami la). Kiranya saya tak peduli langsung dengan berat badan saya yang makin bertambah. Ibu dok bising kat saya - "buat penat aje diet 2-3 bulan tetapi tak jaga betul2" - memang pun saya tak jaga langsung pasal saya ingat bila kat rumah sendiri baru boleh start diet balik. Ayat pertama yang suami cakap pada saya setelah hampir 2 minggu tak jumpa "sayang gemuk balik nie - perut pun dah naik" - hu...hu...

Saya bertolak dari KL pukul 3 lebih - sampai rumah dalam pukul 6 petang. Sepanjang perjalanan saya & anak2 tidur. Letih sangat kerana sepanjang 2 minggu tu kami anak beranak tak cukup tidur & rehat. Sebelum tidur saya mesti tanya suami dulu, takut2 nanti dia ngantuk. Bila dia kata ok, saya pun terus lena tak sedar2 - bila terjaga dah keluar highway Jabor pun. he..he..

Hari ini saya tak ada moods langsung - lagipun pagi ni rasa kurang sihat sangat - asyik bersin & rasa nak penat - bila siapkan Awatif pergi sekolah saya sambung tidur balik. Memang rasa tak larat nak hantar adik pergi sekolah. Sedar2 suami call - saya nak bercakap pun x larat - bagi hp kat adik - dengar dia cakap "adik tak pergi sekolah pasal umi tak kejut adik" - agaknya suami tanya dia kenapa dia tak pergi sekolah hari ini. He..he..pandai la tu bagi alasan, takut walid marah. Tapi memang pun saya tak kejut dia hari ini. Tapi semalam dia dok merengek kat suami tak nak pergi sekolah.

Hari ini apa pun kerjarumah saya tak buat. Tengahari keluar beli lauk pasal adik dok merengek lapar & nak makan nasi. Saya beli kelapa parut & gula melaka untuk makan lopes. Lepas ambil Awatif sekolah - saya tidur kejap sampai la suami balik. Dia belikan nasi goreng pattaya & mee bandung. Malam keluar kejap untuk beli sayur untuk masak bihun sup esok. Saya teringin nak makan bihun sup dengan cendawan yang saya beli kat KL. Adik beli bola - dari semalam dok sibuk nak bola sepak.

Dah seminggu gigi Awatif longgar kat depan (bawah) - tadi dia tunjukkan - saya rasa longgar sangat dah - ambil benang & saya cabut sendiri. Dulu2 mak selalu gunakan cara ini pada saya & Kakak. Mula2 tu saya takut jugak tapi ini merupakan kali ke 2 saya cabut gigi dia dengan cara yang sama. Saya buat perlahan2 aje - lama2 gigi tu tercabut sendiri. Alhamdulilah - darah tak banyak keluar. Boleh jadi Dentist nie..ha..ha..

No comments: