Sunday, June 27, 2010

Mesra Mall


Abang tengah drive - tengah mengantuk - malam tak tidur lena, adik asyik himpit aje, mmg itu trend dia tidur - adik mesti nak peluk & pegang sapa2 bila nak tidur.


He..he..tengah minum pun nak ambil gambar - sejak ada blog nie, apa2 saja aktiviti mesti nak ambil gambar sampai anak2 pun tegur. ha..ha..


barang2 dapur - rasa macam tak la banyak sangat benda yang beli - time nak bayar terkejut jugak rm265-00.


air kelapa fresh - tak campur air & gula - rasa original.


sebelum keluar tadi - bergambar dulu ngan adik

Hari ini saya bangun lewat sangat - memang mengantuk & letih sangat. Bila tengahari, Awatif dok ngadu lapar, nak masak tapi tak ada apa2 dalam peti ais. Nak pergi market dah lewat. Saya ajak suami pergi Kerteh - dari semalam ajak tapi suami kata tak larat. Semalam saya nampak ikan terubuk kat Giant tapi nak beli masatu baru pukul 3 lebih, nak balik lambat lagi - takut ikan tu busuk pulak. Kat area Pantai Timur ni cukup susah nak dapat jumpa ikan terubuk. Ada sekali tu saya teringin nak makan tetapi hampir 7-8 bulan baru dapat jumpa. Nasib baik tak mengandung - kalau tak sure anak meleleh air liur aje.

Lepas Zohor kami bertolak ke Kerteh. Sampai Mesra Mall, makan dulu. Saya & adik makan nasi kukus ayam berempah, suami & Awatif, nasi goreng Pattaya. Lepas tu masuk TMC (Giant - pjg ceritanya kenapa nama jadi TMC), beli barang2 dapur - nasib baik ada juga ikan terubuk. Alhamdulilah. Selain tu saya beli ikan sardin (nak buat laksa esok) ketam & udang. Sebelum balik, singgah pasar malam Kemasek beli ayam & ikan kerapu.

Makan malam saya burger King, anak2 tak nak makan, suami makan nasi goreng. Masa saya tengok dok leka tengok tv HBO MOvie sorang2 kat luar - tiba2 kelawar kecil terbang kat saya - apa lagi terus menjerit masuk bilik - dengan beraninya "hero" saya keluar bilik & tangkap kelawar tu dengan penyapu (patut tadi saya cari penyapu tak jumpa - rupa2 nya itu adalah senjata suami saya selama 2-3 hari ini untuk menghalau kelawar)..he..he...

No comments: