Wednesday, June 23, 2010

jatuh

Hari ini adik tak pergi sekolah - jenuh saya pujuk - dia tak mahu jugak. Pagi ni saya tak larat nak angkat dia masuk bilik air - semalam dah angkat dia - habis sakit satu badan - hari ini saya rasa satu badan lenguh - ibu kata mungkin pasal saya makan pulut banyak sangat - memang pun - lopes tu saya yang dok pulun makan - suami tak makan - anak2 makan tetapi setakat 2-3 potong aje. Saya memang suka lopes - anak2 pun suka tetapi bila makanan banyak ni depa jual mahal sikit - cuba kalau benda tu sikit - berebut-rebut sampai gaduh. Selalunya macam tu la.

Semalam saya masak sup fishball & cendawan. Masak satu periuk besar - sampai hari ini pun ada lagi. Saya makan sup tu ngan mee. Saya asyik dok sebut nak diet tapi sampai hari ini tak start pun lagi. He..he.. Saya ingat nak ganti puasa minggu depan. Mungkin minggu depan kot saya start diet - kiranya 2 in 1 la.

Petang tadi saya jatuh - nasib baik tak teruk macam Wani tu - ini semua salah Awatif. Lepas dia mandi, dia tak lap betul2 - saya pulak tak perasan ada air kat situ. Masa tu saya tengah baca paper dalam internet - tiba2 hp berbunyi - saya bangun nak ambil hp - gedebub - saya jatuh - macam nangka busuk aje. Sakit bukan main - geram punya pasal - teruk juga Awatif kena cubit tadi. Nasib baik la saya yang jatuh, kalau dia atau adik yang jatuh macamana? Sejak Wani jatuh sampai lari lutut dia tu - saya jadi fobia pulak. Sekarang dah malam - tapi sampai sekarang sakit kat pinggang & lutut masih terasa. Dah la sejak 2-3 hari ini badan saya asyik lenguh2 aje. Ingat nak pergi urutla esok & lusa.

Tadi Ustazah fardu ain call - tanya kenapa anak2 lama tak pergi - bulan ini rasanya adik langsung tak pergi manakala Awatif pulak pergi 2-3 kali aje. Sebelum ni saya dah bincang ngan suami nak tukar ke malam pasal kesian kat Awatif. Dia kata dia penat sangat. Habis sekolah pukul 3.10 ptg - sampai rumah pukul 3.30ptg - fardhu ain start pukul 4ptg - dia tak ada masa nak rehat. Kadang2 makan pun tak sempat, kelam kabut nak pergi dah. Sekarang Awatif dah berhenti tution pasal dia kata semua yang di ajar kat tution dah di ajar kat sekolah - dia kata dia boring. Saya & suami pun bincang - tak payah la sambung tution - tahun depan baru start balik. Lagipun Kakak kata pembelajaran untuk darjah 4 ni susah sikit - berbeza dengan darjah 3.

Awatif dah dapat beberapa keputusan exam. Antaranya Bahasa Arab 84, Akhlak 84, Sirah 72, Aqidah 83, Bahasa Inggeris 87, Jawi 83 dan Sains 90. Yang belum dapat lagi Feqah, Sains Sosial, Matematik & Bahasa Malaysia. Dia bangga sangat Bahasa Arab & Jawi dapat A pasal selalunya dia dapat B atau C. Kena tunggu dapat semua result baru boleh tahu ada peningkatan atau tidak. Bahasa Inggeris & Sains selalunya memang dia dapat A. Alhamdulilah.

Saya & suami tengah berfikir samada nak teruskan persekolahan dia kat Sekolah Agama Al Amin ni tahun depan atau nak hantar ke sekolah biasa. Saya percaya dengan pendidikan Al Amin - memang nampak sangat perubahan Awatif - tapi kalau tahun depan nak pindah Kuantan - takut susah nak pindah ke sekolah biasa kerana Kuantan tak ada cawangan Sekolah Al Amin. Adik pun akan masuk darjah 1 tahun depan. Saya dah ambil borang untuk masukkan adik ke Sekolah Al Amin tetapi sampai sekarang tak isi2 lagi kerana belum mendapat kata putus. Asyik bincang dengan suami tetapi akhirnya tak dapat kata sepakat. Ada ura2 yang suami kena pindah Kerteh balik - saya pening kepala nak fikir. Bulan 4 tahun depan baru dapat tahu confirm ke tidak. Buat masa sekarang, saya & suami tak boleh nak buat apa2 keputusan lagi - apa2 pun kena tunggu tahun depan. Boring betul la. Saya malas dah nak pindah Kerteh - saya nak pindah KL bukannya Kerteh - hu..hu...macam ni la kerja bawah orang kan? he..he..Bukan saya tapi suami la - kiranya sama la jugak kan? Apa la saya bebelkan ni - saya tension sebenarnya ni.

Rumah saya tak kemas langsung - baru cuci bilik air aje - baju2 bertimbun nak kena lipat + susun dalam almari. Tak ada mood nak buat kerja rumah. Rasa nak marah orang aje - yang jadi mangsa mestilah suami & anak2 - kesian kan? Kepala angin saya memang tak boleh nak kira - saya ni ada perangai buruk sikit - saya tak boleh nak tengok rumah tak terurus - nak buat saya tak larat - jadi saya akan mengamuk aje - hari ini dah berapa kali anak2 "kena" ngan saya. Selagi saya tak uruskan rumah selagi tu la saya jadi nak marah aje - bila dah kemas semua baru angin saya baik. Nasib baik suami faham perangai saya - kalau tak agak2 dia mengamuk sama tak? He..he...

Saya ingat hari Jumaat ni baru nak proses rumah. Saya plan nak pergi Kuantan tengok wayang & makan2 hari Sabtu ni. Ingat nak tidur kat sana satu malam. Tapi tak confirm lagi - suami nak tengok jadual Jumaat malam tu team mana yang nak lawan - pasal bola la tu - nasib baik ada 2 tv & 2 astro - jadi tak payah la nak gaduh rebutkan tv. Saya langsung tak minat bola - cakapla apa2 pun - saya tak akan minat. Suami pun tak la minat sangat tapi memandangkan ini 4 tahun sekali (selalu dok cakap ngan saya) - jadi dia jadi minat la pulak. Entah apa yang special sangat tentang bola sepak ni saya tak tahulah.

No comments: