Friday, June 25, 2010

hari mengemas

Hari ini lah yang paling saya nantikan - hari JUMAAT - hari anak2 cuti - bila hari Ahad aje, saya dok berkira2 bila la nak sampai hari Jumaat. Kenapa saya suka hari Jumaat? Pertama, boleh bangun lewat sikit, kedua, tak payah nak keluar rumah 3-4 kali, ketiga, tak payah nak drive, kelima, hari mengemas rumah.

Selalunya hari Jumaat saya bangun lewat sikit tetapi hari ini saya bangun awal. Lepas suami pergi kerja dalam pukul 7.20pagi, saya terus mulakan kerja mengemas. Mula2 kemaskan bilik adik. Pertama, susun baju2 yang dah di lipat & hanger baju2 baru dalam almari, kedua, susun buku2, ketiga, susun balik toys (dia dah susun, ok la jugak tetapi saja saya rajin nak susun balik).

Lpeas tu kemas kejap bilik tetamu, tak banyak kerja nak dibuat pasal dah kemas bilik tu cuma berhabuk aje. Saya hanger baju2 baru saya & suami dalam almari & asingkan baju2 yang nak di iron seperti baju sekolah & fardhu ain anak2.

Lepas tu kemas bilik Awatif pulak. Pertama, susun & hanger baju dalam almari (maklumla 2 minggu tak ada kat rumah & baju balik kg & KL baru nak keluarkan dalam beg), ketiga, kemaskan almari buku dia (buang semua buku2 masa dia tadika, ingat nak simpan buat kenangan tetapi rasa menyemak pulak), ketiga, suruh dia lipat balik tudung2 dia elok2 & masukkan dalam almari, masa ni saya dah surrender - dari masa kemas bilik Aisy tadi saya tak henti2 bersin - mungkin pasal lama tak vacum - bilik penuh habuk agaknya. Saya memang alah habuk2 nie. Mata & hidung dah berair & kepala pun dah jadi berat - saya terus makan ubat. Dalam 20 minit mata tak boleh nak buka dah - ubat tu memang kuat & boleh mengantuk. Saya pun tidur - dalam sejam tu terjaga - adik lapar nak makan nasi. Saya rasa pening sangat - tanya dia nak tak makan mee tomyam macam semalam, dia kata nak, saya pun panaskan tomyam semalam, 2 mangkuk juga dia abis, Awatif nak makan pizza yang semalam tak habis, saya cuma panaskan aje. Saya baring semula dalam bilik tetapi dah tak boleh nak lena. Rasa berat sangat kepala - mujur bersin dah makin kurang.

Saya bangun terus basuh tangan baju2 baru yang pakai di KL - banyak helai jugak, habis lenguh satu badan - dah la sakit kesan jatuh hari tu tak baik lagi. Lutut saya masih lebam & sakit. Lepas tu kemas dapur & keluarkan ayam + sayur dalam peti ais & terus masak sayur bayam air. Tengok dalam peti ais anak2 tumpahkan air - saya memang pantang peti ais kotor - terpaksa la cuci walaupun dah tak larat.

Dah abis kerja - rehat kejap - tengok fb & update blog buat n3 pasal Wani, Mira, Kembar & Uda. Pastu tengok fb kejap. Dah puas hati dok depan komputer - saya sambung balik kerja. Ngemas bilik saya pulak. Macam bilik2 yang lain, saya susun baju2 & hanger masukkan dalam almari. Kerja ni memang tak akan abis sampai bila2 - hari ini buat, esok & lusa kena buat lagi. Sambil buat kerja dengar lagu Shahir & Adira - sambil layan perasaan, tangan berjalan. Tiba2 pintu bilik terbuka - tak sedar suami dah balik. Bila dah selesai semua, saya masuk dapur goreng ayam (tadi saya marinate dengan rempah yang selalu saya beli). Lepas suami makan nasi dengan anak2, saya vacum bilik saya (yang bilik2 lain & rumah saya belum vacum pasal takut nanti lagi teruk selsema saya). Bilik saya kena vacum la pasal bilik tu bilik tidur kami anak beranak. Habuk banyak sangat & takut si adik tu pulak yang kena. Sambil tu minta tolong suami tukar cadar & sarung bantal.

Dah selesai semua, saya masuk bilik tengok cerita Choti Bahu - memang malas nak tengok drama ini tetapi dah banyak hari tak tengok - hari ini kena tengok jugak la. Cerita ni tak boleh nak tengok tiap2 hari pasal cerita bodoh (he..he..tapi nak tgk jugak).

Esok kena bangun awal pasal dah janji nak bawa anak2 tengok wayang Toy Story 3 kat Kuantan. Suami cuba book tiket kat Internet & call tapi tak dapat. Dalam pukul 9 pagi dah kena keluar rumah, nak breakfast lagi, ngan budak2 nie bukan boleh tahu perangai mcamana nanti. Petang esok plan nak makan kat Ikan Bakar Petai yang bawa ibu & mak & kakak hari tu.

Adik dok merengek kat saya bila dengar saya & suami nak belikan apa2 untuk Awatif. Adik "best la kakak dapat 7A dapat mainan, adik dapat 6A, nak mainan jugak" - saya "HA!! bilamasa adik dapat 6A" - adik sambil senyum "hari tu kan" - saya "bila?" - adik sambil tersenyum - tak jawap apa..he..he..pandai adik nak kelentong umi ya...

Sekarang akal dia bukan main lagi - suka sangat mainkan umi - adik "umi, ada orang call" - saya "siapa?" - adik " tak tahu" sambil bagi hp kat saya - saya "tak ada pun orang cal" - adik " HA, kena tipu, bayar seribu".

No comments: