Thursday, June 24, 2010

cuti, tetamu, potluck, sports,crocs








Hari ini adik bangun awal dalam pukul 7.20 pagi. Bangun aje terus ngamuk, "adik ngantuk3" - lepas siapkan Awatif pergi sekolah, saya pun tidurkan dia pasal awal lagi, sambil tidurkan dia, saya pun tertidur sekali. Sedar2 dah pukul 8.20 pagi. Terus saya kejutkan dia, dia ngamuk suruh saya mandi dulu. Kalau saya mandi dulu, memang tak sempat. Saya angkat dia masuk bilik air, siapkan dia pakai baju. Saya sempat gosok gigi dan basuh muka aje. Lepas tu terus keluar rumah. Nasib baik sempat sampai sebelum pukul 8.45 pagi.

Sampai aje rumah, saya sambung tidur balik. Semalam saya tak boleh nak tidur, pukul 3-4 pagi baru saya terlena. Sempat juga la saya lipat baju sampai abis. Lega - habis satu kerja. Saya terjaga pukul 11 pagi - terus mandi & siap2 nak ambil adik.

Selepas ambil adik, saya singgah Tunas Manja - beli ketam, udang & biskut2 untuk Awatif. Saya nak masak tomyam seafood hari ini. Nak makan dengan mee.

Sampai rumah terus aje masuk dapur - ingat nak masak petang sikit tetapi saya rasa ketam tu macam ada bau sikit - takut pulak nanti makin busuk, saya terus masak. Masa beli tadi tak perasan, padahal jenuh dah saya dok memilih tadi. Memang tak pro lagi la saya nie. Bila dah masak, adik masuk dapur, "em.em..wanginya umi masak, umi masak apa" - saya "umi masak tomyam" - lepas tu dia masuk bilik sambung main game. Lepas dah masak, saya makan sambil tengok tv kat ruang menonton tu - adik datang "em.sedap nya umi, nak rasa sikit" - saya suapkan dia satu mulut, terus dia nak. 2 kali dia tambah - mangkuk besar pulak tu. Sedap sangat la umi masak tu. He.he..

Jumpa kawan kat sekolah Awatif masa nak ambil dia, lama tak jumpa. Sembang2 kat sekolah, tiba2 dia kata nak datang umah, saya pun jemput la dia. Mujur buat mee tom yam - boleh jamu tetamu datang. Nasib baik berjumpa ngan dia, kalau tak saya tak tahu hari Ahad ni cuti sekolah sempena Terengganu menang sukan SUKMA. Saya langsung tak tahu apa2 pasal SUKMA nie. Tanya suami - dia pun tak tahu menahu, maklumla kan sekarang musim bola - mana la kelasnya SUKMA tu..he..he..kalau orang sukan tempatan baca ni mesti marah sakan.

Lepas maghrib kami anak beranak keluar makan pizza - semalam adik ngamuk2 nak makan pizza - janji ngan dia malam ni. Lepas suami balik aje, terus dia tuntut janji. Yang dia mengamuk sakan semalam, tak padan yang dia makan hari ini. Pizza langsung dia tak makan, dia cuma makan spageti ngan sup aje. Geram sungguh ngan dia. Selalunya macam tu la. Spageti tu pun bukannya banyak dia makan. Yang kenyang, saya & suami la. Yang gemuk pun kami berdua aje la. Anak2 kurus kering. Awatif makan pizza satu keping aje. Mulut dia ada ulser - kesian, setiap kali makan dok mengeluh sakit & pedih.

Lepas makan saya & anak2 jalan2 kat sekitar kedai2 - jumpa kasut crocs - yang tiruan punya la - beli satu kat anak2 - Awatif rm23, Aisy rm13. Dah lama cari kasut crocs kat anak2 tetapi setiap kali nak beli tak ada saiz. Mungkin rezeki penjual & kami pembeli, ada pulak saiz. Jalan2 lagi jumpa tshirt tangan panjang kat Awatif, senang untuk dia jalan2 pasal sekitar Pantai Timur kan dia pakai tudung. Dulu2 saya tak pernah beli tshirt tangan panjang kat dia. Beli murah untuk dia pakai kat sekitar sini aje. Mula tu letak harga rm15 tapi saya tawar 2 helai rm20 - penjual kata ok, terus beli.

Sebelum balik, singgah farmasi, beli ubat mulut untuk dia. Lepas letak ubat, terus dia tidur. Kesian letih sangat. Mood dia baik aje hari ini, setakat hari ini result exam dia 7A 1B, saya & suami janji nak belikan dia hadiah. Sabtu ni nak pergi Kuantan - boleh la dia pilih nak hadiah apa. Saya dapat surat dari sekolah Adik - nak buat sports pada Khamis depan. Ada buat potluck - saya tak tahu nak buat apa. Mungkin sandwich telur kot @ muffin vanila. Tak tahu lagi nak decide yang mana.

Lutut & pinggang saya masih sakit - kat lutut ada lebam besar kesan jatuh semalam. Mujur tak serius sangat. Sebelum pergi Pizza tadi - singgah kedai gambar - ambil gambar yang Awatif tangkap dari tahun 2008 - sebelum cuti sekolah saya kemas2 rumah, jumpa rol gambar yang lama2 - pergi hantar cuci - baru tadi teringat nak ambil. Gambar lama2, masa pergi Singapore, Perlis & raya last year. Sambil tu ambil gambar adik ukuran pasport - untuk letak dalam borang sekolah.

No comments: