Thursday, June 17, 2010

cerita sekejap

Lama tak update blog. Sejak 2 minggu ni sibuk merantau sana sini. Petang semalam baru sampai KL. Drive dari kampung pukul 12.40 tengahari, sampai KL dalam pukul 6 petang. 3 buah kereta, kereta saya, Kakak & Mak uda. Drivernya - ketiga-tiga "gadis ayu" he...he....

Sepanjang perjalanan rasa mengantuk sangat - mujur ibu ada - kalau rasa ngantuk aje, minta ibu hulurkan buah berangan, buah duku & kuih pau. Makan bagi ngelakkan ngantuk tapi galakkan badan naik berganda-ganda.

Kakak & Farah bawa kereta macam ribut - memandangkan saya pemandu yang berhemat maka saya bawa kereta dengan kadar yang sederhana. Ibu, Mak & Long (kawan Mak dari kampung) naik kereta saya, Kakak anak beranak & Uda anak beranak.

Ibu cukup risau dengan Kakak yang suka bawa kereta laju2 - saya pun mengaku yang Kakak bawa kereta laju - gaya ala2 F1.

Saya sekarang ada di rumah Mak su. Nanti nak balik rumah Mak teh pulak. Pagi tadi pergi rumah Nyah. Jalan2 saja hari ini - bawa Long tengok rumah depa.

Macam2 cerita yang nak di kongsi disini tetapi masa tak mengizinkan - ini pun curi2 masa sekejap - badan rasa letih & mata mengantuk. Sepanjang hampir 2 minggu di kampung tidur tak cukup - rehat pun tak cukup. Asyik jalan sana sini - tapi yang pasti - saya memang cukup MAKAN - badan naik balik berganda-ganda.

No comments: