Sunday, June 6, 2010

balik kampung

Lama tak update blog - last week sibuk uruskan blog Awatif & Balqish - Awatif sampai merajuk nak blog sendiri - bila dah habis exam, baru saya buatkan blog untuk dia. Bila Balqish tahu Awatif ada blog - dia pun nak juga.

Khamis - pukul 11pagi pergi sekolah adik ambil result exam dia - BM 78, Sains 82, Matematik 88, English tak ada markah pasal tak abis..he..he.. Tak tahu pasal apa dia tak habiskan, cikgu pun tak check, heran jugakkan? Cikgu nak suruh dia sambung lepas habis cuti sekolah ni. Antara komen cikgu pada dia :-
1) Pendiam
2) Kurang berdikari
3) Tulisan kadang2 tak faham
4) Pergaulan kurang

Lepas ambil adik, pergi town beli baju batik sepasang untuk saya & Kakak. Baju untuk kenduri nanti. Cantik2 & banyak pilihan tetapi untuk warna merah hati, tak ada pulak. Yang ada cuma warna campur2 - saya pilih warna biru + merah, kuning & pink merah. Itu yang nampak macam sesuai dengan tema. Lepas tu saya beli keropok kering untuk buat ole2 untuk kawan2 sekolah rendah - nak bagi masa reunion nanti. Nak beli keropok lekor tak sedap simpan banyak hari.

Malam tu saya sibuk hiaskan blog Balqish - nak sama macam Awatif. Komputer kena virus bila saya nak tukar cursor pari2 - pukul 2 pagi baru la selesai semuanya. Rasa pening kepala dok depan komputer lama2 tetapi kalau tak buat nanti kesian pulak kat Balqish.

Pagi Jumaat tu bangun pukul 6.30pagi. Siap2 - uruskan anak2 - pukul 7.15pagi bertolak ke KL - sebelum tu singgah di Restoran Zaman di Kuantan untuk breakfast. Sampai KL dalam pukul 12 lebih. Ibu masak gulai ikan pari. Lepas Kakak balik sekolah, saya & ibu & Kakak keluar pergi beli baju raya dekat Sogo & Harisson. Sempat beli baju kurung & baju Aisy & Robin aje - pasal dah lewat. Nanti lepas balik kampung baru sambung balik. Saya memang suka shopping baju raya..he..he..

Sabtu pagi bertolak ke kampung - dalam pukul 10.00 pagi - Balqish pun ikut sama. Sampai kampung pukul 3 lebih. Jalan jem - banyak kereta. Ibu & Mak tak ikut balik - nak balik dengan Kakak hari rabu ni - Kakak ada exam.

Ahad - sekarang ada di rumah mertua. Hari selasa ni suami balik Kemaman dengan bas.

No comments: