Wednesday, June 2, 2010

berblog

Walaupun kurang sihat tetapi saya banyak habiskan masa depan komputer hari ini - bila pening sangat2, saya rehat kejap, lepas dah ok sikit - saya sambung balik. Banyak yang saya pelajari hari ini - untuk membuat blog yang cantik & terkini. Saya masih belajar tentang blog ini & saya tahu saya masih banyak ketinggalan. Saya juga telah tunaikan janji saya pada Awatif untuk buat blog. Bila saya tunjukkan pada dia - senyum bukan main lebar. Umi nak berblog - dia pun sibuk sama. Mujur Aisy tu tak pandai baca lagi - kalau tak mesti adik pun nak juga blog sendiri.

Hari ini Aisy tak pergi sekolah kerana pagi2 lagi saya rasa badan tak sihat - tak tahu kenapa akhir2 ini saya rasa lemah badan & cepat penat. Mungkin cuaca yang sangat panas sekarang. Lagipun hari ini adik tak belajar sangat pasal ada perjumpaan guru ngan parents dari umur 3-5 tahun, nak ambil result anak2 masa exam pertengahan tahun minggu lepas. Untuk 6 tahun, esok saya kena pergi jumpa guru. Tak tahu la macamana result dia.

Hari Jumaat dah nak pergi KL tetapi saya tak packing baju apa2 pun lagi - esok la - hari ni bila badan tak sihat rasa malas nak bergerak.

No comments: