Monday, June 21, 2010

Bawa Long Makan2













(oleh kerana hari yang sama, saya & kakak malas nak tukar baju)

Sempena lawatan Long ke KL baru2 ini - saya & kakak telah membawa Long keluar makan. Pertama lunch di Victoria Station. Ambil kesempatan ini untuk membawa ibu & mak sekali. Ibu dah pernah makan steak di Victoria Station ni (di cawangan Seberang Jaya), mak aje belum kerana selalu bila ajak mak tak pernah nak ikut. Kali ni mak ikut pasal ada Long - kalau tak ada Long, jangan harap la mak nak ikut. Kesian kat ibu - kerana gigi ibu sakit, ibu tak boleh nak makan daging. Ibu tukar suka sama suka dengan mak. Mak order grill fish. Long pun tak habis makan black pepper steak - sebab gigi jugak. Saya pun dah lama tak makan steak kat Victoria Station - memang lain dengan yang kat luar. Sedap & fresh sangat.

Malam tu kami bawa pulak makan malam di Restoran Cheng Ho. Habis lari segala diet2 saya. Memang terasa badan naik berganda-ganda. Esok saya nak start balik diet saya.

No comments: