Wednesday, June 30, 2010

baking cupcakes


Awatif sibuk nak tolong - dah mengantuk pun x nak tidur lagi - jenuh pujuk suruh tidur - dia akan demam & pening kalau x cukup tidur.


Memang saya dah gemuk atau ilusi saya nie he..he..Bila tengok gambar ni baru la saya sedar diri betapa badan saya bagai di pam2..Kena start diet balik nie..hu..hu..


Kalau buat muffin @ cupcakes - bab ni yang x tahan - kena isi satu persatu, kalau buat kek senang aje - letak dalam satu bekas aje.


Cupcakes dalam oven.


Dah masak pun - sedia untuk dimakan.

Asalnya saya nak buat Vanilla Cupcakes tapi bila dah putar butter & gula, baru perasan esen vanilla dah abis. Selongkar peti ais jumpa perasa mango & pewarna merah. X fikir panjang - saya tukar last minit - jadi mango cupcakes.

Sebenarnya dah lama dah x baking - rasa malas sangat sejak akhir2 nie - bukan kata nak baking - nak masak pun malas. Saya gagahkan diri juga buat cupcakes ni untuk bawa pergi sports adik esok. Potluck - saya nak bawa cupcakes & egg sandwich esok.

No comments: