Wednesday, June 23, 2010

baju raya

Syukur dengan rezeki yang Allah beri....

Tahun ini saya & Kakak berazam beli baju raya secara sederhana sahaja. Hampir setiap tahun beribu2 habis semata2 untuk baju raya sahaja padahal anak bukannya ramai. Kami jadi insaf tahun ini memandangkan budjet pun kurang.

Tahun lepas kami kurang berminat dengan discount 50% - kerana bagi kami itu stok lama tetapi tahun ini itu yang kami cari. He..he...Kami nekad nak berubah kerana nak simpan duit pergi Umrah tahun depan. InsyaAllah..(kita kena berangan dulu).

Tema kami tahun ini ialah Oren. Seperti tahun2 yang sudah, dari rumah kami plan nak warna purple tapi bila sampai di kedai - warna lain yang kami pilih. Antara sebab2 nya ialah warna purple - mahal sangat, bunga tak cantik, warna terang sangat, saya berkenan, Kakak pulak tak berkenan, Kakak berkenan, saya pulak tak berkenan. Setiap tahun kami habiskan masa memilih kain hampir 3-4 jam - selalu jadi mangsa ibu la - kesian tunggu lama. Saya amat cerewet sikit dalam memilih kain - bukan kerana saya berlagak pandai tetapi saya hanya buat baju kurung setahun sekali - kalau boleh saya nak harganya berpatutan - tak nak mahal sangat, tak nak murah sangat. Saya jarang pakai baju kurung kecuali waktu raya puasa & raya haji. Saya tak selesa memakai baju kurung kerana saya rasa saya nampak gemuk - boleh nampak perut saya yang buncit tu. He..he.. Tahun ni kami semua (saya & Kakak, Mak Teh, Mak Uda, Mak Su) memilih untuk membeli kain cotton untuk buat baju kurung raya.

Selain tu untuk baju raya untuk anak2 dah 70% siap - baju untuk Awatif semua dah beli cuma adik aje yang nak kena beli 2-3 helai lagi. Tahun ini kami pilih tema biru, hijau, putih, hitam, kelabu & pink. Tahun ni tak ada warna merah & purple (selalunya 2 warna ni tak pernah miss). Maknanya baju raya tahun ni ada 6 pasang campur baju kurung/baju melayu ada 7 pasang. Ops..rasa macam banyak kan tetapi harganya berbaloi pasal ada yang kami beli sepasang tak sampai rm70.00. Ada tu yang kami pilih sampai less 70%. Jimat betul kami tahun ini. Agak2 suami saya nak puji tak sebab saya bersederhana aje tahun ini? Ha..ha...

Baju raya untuk suami boleh recycle yang last year punya - saya & Kakak dah sepakat - baju raya untuk kami tak boleh la nak pakai yang last year punya - tak vogue la nanti he..he.. - kalau last year sepasang blouse pun dah rm180 jadi tahun ni nak cari yang kurang dari rm100. Kena nekad nie. Baju untuk kami tak beli lagi sekarang pun tak apa - yang penting baju anak2 dulu.

Tema raya ke 2 tahun ini ialah warna pink. Mak Uda anak beranak yang pilih, lagipun sebelum ni tak ada lagi tema caler pink. Selalunya saya & Kakak yang pilihkan caler apa tetapi tahun ni nak beri peluang pada orang lain. Asalnya semua nak pakai jubah hitam yang ibu beli kat Mekah tetapi bila fikir2 balik rasa macam tak sesuai kerana panas la pakai jubah sepanjang hari - dengan keadaan musim panas sekarang - tentu berpeluh2 la nanti pakai jubah tu dari pagi sampai ke malam. Saya & Kakak telah pun menempah baju kat Flower Girls sepasang dengan anak2. Anak2 kami tempah baju Maxi (ala2 gown la jugak tetapi labuh & tgn panjang), sekarang ni anak2 tak mahu dah beli baju gown - tambahan pulak Balqish yang badan besar tu - he..he..kalau dia baca nie tentu dia marah - susah betul nak cari baju yang siap dah kerana badan dia naik - berbeza dengan Awatif yang kurus kering tu. Tahun ni agak mencabar jugak pasal nak cari baju yang sama susah - awatif kurus - saiz M - Balqish besar saiz XL - kadang2 ada yang tak ada saiz XL - yang ada saiz L aje - bila Balqish try, tak muat. Padahal baju tu saya dah berkenan - tak jadi beli. Kalau saya beli jugak memang boleh tapi kesian pulak kat Balqish. Awatif pun tak nak beli kalau Balqish tak ada saiz. Betul2 mencabar la tahun ni - saya selalu gaduh ngan Balqish - suruh dia diet - tapi ada satu kisah ni saya jadi kesian kat dia. Masa saya balik kg cuti sekolah tu dia ikut saya sekali - dalam perjalanan ke kampung tu saya tanya dia breakfast kat rumah tak tadi. Dia kata tak, dia nak diet - Awatif pulak sampuk "umi, dia tak makan apa2 pun tadi, semalam pun tak makan nasi pasal dia kata dia nak diet". He..he..saya nak tergelak jugak tapi rasa kesian pulak.

Saya paling suka bila shopping baju raya - rasa ringan sikit kepala & hilang stress. Bukan setakat shopping baju raya aje - shopping apa2 pun saya suka. Suami selalu kata kalau saya dapat shopping mood saya terus jadi baik. Memang pun - saya mengaku 100% - habiskan duit suami sendiri, apa salahnya kan?

No comments: