Wednesday, May 19, 2010

tak ada yang menarik

2 hari ini tak ada apa yang menarik pun, macam hari2 biasa. Semalam Adik tak pergi sekolah, bukan kerana dia ngamuk ke apa tapi salah saya - lepas Mr Hubby & Awatif keluar rumah dalam pukul 7.20 pagi, tiba2 Aisy terjaga, saya suruh dia sambung tidur balik pasal awal lagi, saya pun baring la sebelah dia, TIBA2 - saya pun tertidur - sedar2 dah pukul 10 pagi. He..he...best la adik semalam, pasal umi tertidur, adik boleh ponteng sekolah. Pagi ni tak berani nak tidur dah, dah la hujan pagi ini, kalau tidur sure tak sedar sampai tengahari nie.

2 hari ini jugak saya sibuk uruskan booking penginapan kat A Famosa Office untuk HSFD. Dari hari Isnin Encik Rahim tu janji nak emailkan saya quotation tapi sampai hari ini tak ada jadi pagi ini saya cal dia supaya fax sahaja quotation tu kat office Mr Hubby - dia janji petang ni nak fax - tapi tak ada jugak. Hai! takkan tiap2hari nak kena call dia. Apa yang susah sangat nak fax kan quotation tu- entah2 ada masalah lagi ngan harga tak? Minta2 jangan la, dah elok dah harga tu - semua orang dah happy. Tapi kalau ya, mesti dia cakap tadi..pening2..

Lepas ambil adik sekolah tadi pergi town kejap - carikan topi askar mainan kat adik & cari payung untuk Awatif. 2 hari ini hujan - setelah berminggu2 tak hujan, selesa jugak pasal tak la rasa bahang panas sangat.

No comments: