Sunday, May 30, 2010

tak ada tajuk

3 hari ini tak ada yang menarik pun - rutin seperti biasa cuma hari Jumaat tu suami cuti - Hari Wesak. Suami minta saya masak gulai daging tapi pergi market dah lambat, daging pun abis. Lepas sembahyang Jumaat, suami beli gulai daging kat kedai. Tengahari tu saya dapat sms dari Kak Ina (jiran depan rumah)- jemput kami sekeluarga ke rumahnya petang tu - dia buat bbq.

Rezeki kami petang tu - dah tak payah masak - dalam pukul 5 petang kami pun keluar rumah - menu tuan rumah - ada daging salai (sedap sangat), ayam bakar & ikan bakar. Selain tu ada laksa Penang & Laksa Terengganu. Masa saya sampai tu saya tanya Kak Ina ada apa buat makan2 ni, dia kata saja je tapi saya macam terdengar suami dia kata saja nak sambut anniversary. Tak ramai yang di jemput cuma keluarga terdekat & jiran terdekat macam kami nie. Kak Ina dah berhenti kerja untuk jadi fulltime housewife beberapa bulan yang lepas tetapi sepanjang dia kat rumah - kami cuma pernah terserempak sekali sahaja, itupun masa saya keluar nak ambil adik. Saya pun tak keluar rumah, dia pun sama, jadi walaupun dekat, nak jumpa bertentang mata pun susah. Saya sekarang malas betul nak keluar kecuali ada urusan penting aje. Lebih selesa lepak kat dalam rumah. Kalau dulu masa kat Kerteh jangan harap nak duduk dalam rumah - pukul 6 aje jiran2 dah ajak mesyuarat kat luar.he..he..

Hari Sabtu pulak - saya ada appointment facial - sebelum keluar rumah saya masak sotong masak kunyit, sebelum tu nak ucap terima kasih banyak2 pada suami, saya cuma masak aje, bawang besar, bawang putih & halia semua dah siap potong. Selain tu suami dah siap masak sawi goreng & goreng ikan. Saya bukan la malas sangat nak potong bawang2 tu tetapi jari saya luka sikit. Kalau kena bawang sure pedih jadi saya minta tolong suami buatkan. Lagipun sekali sekali nak bermanja eh...bukan, mengada2 ngan suami, apa salahnya kan?

Hari Ahad - adik kurang buat perangai pagi ni, kira senang nak pujuk dia pergi sekolah hari ini. Awatif masih ada exam lagi sepanjang minggu ini. Pagi ni saya bangun lewat, lepas uruskan Awatif pergi sekolah, saya sambung tidur, terjaga kejap bila suami dok pujuk adik pergi sekolah. Saya ingat nak ikut suami pergi hantar adik pergi sekolah macam selalu tetapi mata tak boleh nak buka. Semalam saya tidur pukul 3 pagi, tak tahu kenapa tak boleh nak tidur malam2 padahal siang tu tak tidur. Lepas suami hantar adik sekolah terus suami pergi ke market beli daging & kelapa parut manakala saya masih dalam mimpi. Bila suami sampai rumah saya dah terjaga. Lepas mandi & siap2 kami keluar ambil adik terus ke town. Pergi kedai baju, budak tu kata belum sampai lagi stok baru, dalam 2-3 hari kot. Adoi, penat aje datang, yang buat penat sangat tu pasal cuaca panas sangat - bahang panas tu buat kita jadi letih & malas. Lepas rehat kejap (lama jugak kot sampai suami dah kata lapar), saya pun mula la masak gulai daging yang dari hari Jumaat suami nak makan. Agaknya sedap sangat kot gulai daging saya tu sampai suami suruh masak lagi - last week saya dah masak. Anak2 pun suka, saya sebenarnya jarang beli daging - dalam setahun rasanya 2-3 kali je. Ayam aje yang selalunya - mesti kena ada dalam peti ais tiap2 hari.

p/s : alamak! suami suruh buat kek pulak esok - dia tengok tv tunjuk kek apa ntah - teringin la tu, saya sekarang ni malas nak masuk dapur (bukan malas nak masak tapi malas nak masuk dapur he..he..) - panas sangat - kena suruh suami letak air cond kat dapur la. Memandangkan saya ni isteri yang baik maka esok saya akan cuba jugak rajinkan diri saya untuk buatkan kek untuk suami. Dah lama saya tak buat kek & muffin, kalau dulu rajin sangat sampai ada yang terbuang.

No comments: