Thursday, May 13, 2010

sebelum & selepas





Seperti biasa, tiap2 pagi saya berperang ngan Aisy, sejak seminggu ni perangai dia makin menjadi-jadi. Hari ini dia bangun sendiri tapi bangun2 terus nangis cari Walid, "nak walid, nak walid" saya "walid work kan?". Macam pujuk budak umur 2 tahun aje, manja betul la. Masa tu pukul 7.30pg, saya sedang melipat baju yang 2 hari saya asyik tangguhkan. Selepas saya abiskan kerja, saya pujuk dia dengan lembut selepas berikan "hadiah" yang agak special. Dia nak saya janji kalau dia pergi sekolah, saya mesti beli senapang untuk dia. Saya cal Mr Hubby, lapurkan perangai dia, Mr Hubby minta saya ikutkan saja kehendak dia. Minggu ini sahaja dah berapa senapang beli semata-mata untuk pujuk dia pergi sekolah.

Sampai di sekolah, dia tak mahu turun dari kereta. Dia nak saya buka pintu & hantar di depan pintu sekolah. Lepas tu saya terus balik, tengok drama Korea, update blog (mentang2 dah pandai guna scanner, asyik2 nak scan gambar2 lama aje), buka face book kejap, pastu dah pukul 11.30pg. Sebelum tu ibu cal ingatkan saya supaya call A Famosa Office untuk buat booking.

Lepas ambil adik kat sekolah, dalam kereta "adik nak pergi sekolah la esok, adik rindu kat kawan adik" saya "esok cuti kan, hari jumaat". adik "nak pergi jugak sekolah esok". Dalam hati saya, yang hari sepatutnya sekolah, jenuh kena pujuk pergi sekolah, yang hari cuti nak pulak pergi sekolah. Rasa macam nak bagi "hanger" aje...ha..ha...

Dia sambung lagi "adik nak pergi rumah kawan adik, Adam", saya "kat mana rumah dia", adik "tak tahu, nanti adik tanya la dia". Dari awal tahun dia asyik sebut aje nak pergi rumah Adam tapi saya rasa dia tak pernah tanya pada Adam sendiri. Ada seorang kawan sekelas dia, perempuan nama Iffa. Mak Iffa kata anak dia nak Aisy jadi boyfriend tapi sebab Aisy tak pernah jawab apa yang dia tanya, jadi Iffa tu cancel nak jadikan Aisy boyfriend dia. Ha..Ha..rupanya anak teruna saya dah ada peminat. Minta-minta sikap pemalu dia pada perempuan akan kekal hingga besar. Kalau nak bercinta boleh tapi biarlah pada masa yang sesuai.

Seperti yang dijanjikan saya singgah la Kedai SamaMaju untuk beli senapang. Bukan main lebar aje dia senyum masa ambil senapang tu. Balik rumah saya rehat kejap, tengok tv, lepas tu call A Famosa Office untuk buat booking. Encik Rahim yang mula2 ambil panggilan saya bercuti hingga hari Isnin depan. Penggantinya Cik Lisa telah memaklumkan harga banglo yang diberi Encik Rahim adalah salah, harga sebenarnya ialah hari Ahad rm788, hari Isnin rm598. Saya terkejut kerana harga yang diberi sebelum ini jauh lebih murah iaitu rm468. Saya agak marah kerana masa saya bercakap dengan Encik Rahim tempoh hari, 4-5 kali saya tanyakan dia "betul ke rm468" , dia berjaya menyakinkan saya memang itulah harganya. Saya was2 jugak kerana rm468 memang agak murah memandangkan bulan 12 adalah cuti sekolah. Saya akan cal Encik Rahim sendiri pada hari Isnin ni untuk dapatkan penjelasan dari dia.

Dengan penambahan harga banglo itu, maka semua budget yang diperuntukkan telah lari banyak dari asalnya. Kos bagi setiap family asalnya rm600, tetapi dengan penambahan harga banglo itu, patutkan ditambah lagi rm100 menjadi rm700? Saya telah melaporkan perkara ini pada Pengerusi, dia akan usulkan perkara ini pada meeting esok.

Lepas ambil Awatif sekolah saya rasa letih sangat. Rasa ngantuk tapi tak boleh nak tidur. Sejak 3-4 hari ini tidur saya agak terganggu. Tak tahu kenapa tapi malam2 susah nak tidur walaupun siang hari saya tak tidur. Waktu yang paling nyenyak saya tidur sekitar jam 5-7 pagi tetapi waktu itu saya kena bangun untuk solat & uruskan anak2 pergi sekolah. Saya boleh nampak bawah mata saya ada macam lebam sikit tanda kurang tidur.

Saya paksa anak2 tidur (rasa letih nak hantar mereka pergi fardhu ain), lepas anak2 tidur, saya pulak tak boleh tidur. Mr Hubby cal tanya nak makan apa malam ni, saya kata beli apa2 je la, saya pun tak tahu nak makan apa.

Malam call Kakak yang sekarang masih di hospital, boring sangat dia kata, ha..ha.. baru dia rasa. Ini adalah pertama kali dia kena admit di hospital selain dari bersalin. Dia dok mengadu sakit tangan, tiap2 hari kena ambil darah. Saya rasa saya macam dah lali duduk hospital ini.

Tengok facebook kejap, kawan2 sekolah rendah buat meeting hari ini untuk bincangkan pasal reunion kami 12hb depan. Kazrina, Zapida & Mat Zaki. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan kawan2 lama. Nanti saya buat n3 special untuk kawan2 sewaktu kecil.

Sejak dah pandai guna scanner ni, tiap2 hari saya nak scan gambar. Pantang jumpa gambar2 lama yang menarik mesti nak scan. Ha..ha..dah ketagih la tu.

PS : saya nak tambahkan n3 saya pada nostalgia Aisy, masa balik kampung untuk abiskan pantang, saya dihantar oleh Mak Uda, Farah & Ain (rasanya). Perjalanan agak lambat pasal takut saya sakit, kereta tak boleh brek mengejut & walau terlanggar batu pun saya akan sakit. Saya tak ingat samada Uda @ Farah yang drive,waktu itu memang saya masih sakit kerana baru seminggu (rasanya) menjalani pembedahan. Duduk dalam kereta lama2 pun rasa sakit sangat. Sampai aje rumah, rasa lagi berdenyut2.

No comments: