Tuesday, May 18, 2010

rumah pertama



(gambar di ambil semasa family bercuti di Kuala Terengganu & Kelantan - singgah di rumah saya sebelum balik)

Ini rumah pertama setelah berkahwin. Suami menyewa rumah ini sebulan sebelum kami berkahwin. Masa mula2 saya sampai, rumah ini dah ada langsir, dapur, sedikit pinggan mangkuk & periuk, mesin basuh, tv & benda asas yang lain.

Sewa sebulan rm400 (kalau x salah saya), kami tinggal di rumah ini dari bulan 3/2000 sampai ke bulan 6/2001. Hampir setahun lebih jugak la.

Rumah ini banyak kenangan :-
1) rumah pertama
2) belajar menjadi isteri
3) belajar menjadi surirumahtangga

Masa ini saya belum pandai menghias rumah, tambahan pulak tak ada perabot. Ruang tamu kosong cuma ada carpet & tv. Meja makan pun tak ada. Kat dapur cuma ada dapur api 2, meja 4 segi & rak pinggan. Setelah beberapa bulan baru beli almari untuk letakkan barang2 dapur.

Keadaan sekeliling yang membuatkan kami berpindah ke rumah lain. Depan & belakang hutan, pernah sekali suami ternampak ular besar belakang rumah jiran sebelah. Telefon bomba, sampai sudah tak jumpa ular tu. Banyak binatang kecil masuk dalam rumah antaranya katak. Babi hutan berkeliaran di luar pagar tiap2 malam. Jiran2 pulak jenis buat hal masing2. Selama setahun lebih tu saya hanya bertapa dalam rumah aje kecuali masa saya kerja sekejap selama beberapa bulan.

p/s : ini sahaja gambar rumah yang ada.

No comments: