Tuesday, May 18, 2010

rumah ketiga




















(tumpukan perhatian di belakang - gaya hiasan saya)

Rumah ketiga ini, saya sudah agak pandai menguruskan rumahtangga serta menghias rumah. Rumah ketiga ini adalah rumah untuk staff Petronas. Suami telah mohon rumah ini masa baru kahwin tetapi kerana penuh selepas 2-3 tahun baru dapat. Sewa rumah ini hanya rm350. Rumah ini 3 bilik, 2 bilik air, 1 bilik store. Rumah berkembar dua.

Rumah ini berubah tema setiap kali tuan rumah beralih angin ha..ha..Antara temanya ialah :-
1) Rumah dalam taman (masa mula2 pindah)
2) Gaya Bali
3) Gaya Inggeris

Saya mula melanggan majalah Anjung Seri apabila pindah di sini. Saya lihat walaupun hanya rumah sewa tetapi kebanyakkan orang2 di sini menghias rumah mereka cantik2.

Saya juga bertambah kawan2 dengan berpindah ke sini. Jiran2 juga baik & ramah.

Rumah ini di selenggarakan oleh Petronas, kalau ada apa2 yang rosak bahagian teknikal akan baiki. Aircond akan di servis setiap 2 bulan. Semburan racun serangga akan di buat juga 2 bulan sekali. Lanskap juga di uruskan oleh Petronas. Pokok mangga banyak di tanam di sekeliling rumah. Pokok mangga di belakang rumah saya & jiran sebelah selalu berbuah banyak kali dalam setahun. Dalam tempoh beberapa tahun di situ saya tak pernah beli buah mangga.

Apabila Awatif dah besar, saya hiaskan bilik dia sesuai dengan umur dia waktu itu. Apabila Aisy lahir, saya ubahkan bilik Awatif menjadi satu bilik mainan bagi mereka berdua. Bilik mainan pun saya ubah2 selalu. Kejap2 gaya ini, kejap2 gaya itu.

Seperti rumah kedua, saya selalu alihkan perabot setiap 2 @ 3 kali seminggu @ sebulan. Saya juga mula membeli perabot kayu jati seperti meja ketapang, meja kacang, almari tv & kerusi kayu sepasang. Langsir juga pertama kali di tempah.

Seperti Awatif, Aisy jugak tak mengusik bunga2, pasu2 & barang kaca. Selepas Aisy lahir, suami ambil pembantu rumah untuk menolong saya. Saya banyak tumpukan perhatian pada suami & anak2 kerana tak payah nak uruskan rumah kerana dah ada bibik.

No comments: