Tuesday, May 18, 2010

rumah keempat












Berpindah ke sini apabila suami kena transfer ke Gebeng. Rumah ini di Kuantan & rumah teres 2 tingkat. Sewa rm500 sebulan. Tuan rumah cina & jiran2 semuanya cina. Tinggal di rumah ini banyak beri kesan buruk pada saya. Kawan tak ada & jiran pun tak ada. Memang boring sangat2.

Tema rumah ini dari mula hingga akhir ialah gaya Inggeris. Hanya sempat tinggal setahun sehaja di rumah ini. Saya kurang hiaskan rumah ini kerana memang tahu tinggal di rumah ini hanya sementara. Ada 3 bilik di atas, satu bilik utama, satu bilik Awatif & satu bilik store. Ruang di tengah tu saya jadikan tempat bermain adik & letak mainan dia.

Almari tv pertama saya jualkan pada jiran, almari tv kedua pulak saya jadikan almari dapur untuk letak tuperware saya & simpan barang2 dapur (nak jual tak ada yang nak). Almari tv yang ke 3 kekal hingga sekarang. Sebenarnya yang pertama & kedua tu saya tak berkenan, kat kedai tengok cantik aje tapi bila kat rumah langsung tak sesuai. Almari yang ke 3 tu baru la saya suka. Kali ini saya betul2 fikir sebelum beli.

No comments: